web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MAF Peruntuk RM300,000 Jayakan Inisiatif Sayap Bagimu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 7:56AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM300,000 diperuntukkan Yayasan AEON Malaysia (MAF) bagi menjayakan inisiatif Sayap Bagimu, sebuah program kemasyarakatan yang disasarkan membantu golongan memerlukan.

Presiden MAF, Datin Noryahwati Mohd Noh berkata, AEON Bersamamu adalah antara program yang dirancang di bawah inisiatif berkenaan, khusus membantu masyarakat setempat ketika berhadapan penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

Menurut beliau, AEON Bersamamu sejak dilancarkan 1 Februari lalu menumpukan kepada usaha meringankan beban ditanggung semua keluarga terjejas, khususnya yang kehilangan pendapatan akibat diberhentikan kerja.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk menyokong kesejahteraan komuniti dan AEON Bersamamu akan diteruskan bagi membantu golongan terlibat,” katanya di sini.

Noryahwati berkata, MAF turut menyumbang 1,000 kotak berisi barangan makanan asas bernilai RM100 setiap satu, menerusi pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Pertama.

Sebanyak 2,000 kotak lagi katanya, akan disalurkan pada PPN Fasa Kedua untuk mereka yang memerlukan.

“Ramai di antara kita yang terkesan akibat pandemik ini dan kami amat bersyukur kerana dapat membantu dan berharap, ia mampu membawa sedikit keceriaan serta mengurangkan beban ditanggung,” katanya.

MAF jelas Noryahwani lagi, sehingga kini turut menghulurkan bantuan kepada 700 keluarga petugas industri karya kreatif, penerbangan dan perhotelan.

“Sejumlah RM700,000 telah dibelanjakan setakat ini bagi mengaktifkan program AEON Bersamamu, dengan sasaran untuk membantu sehingga 3,000 keluarga di seluruh negara.

“Mereka yang berminat untuk sama menyumbang bersama MAF boleh melayari www.aeonfoundation.my untuk maklumat lanjut,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

2

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi