web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


30 Petugas Positif COVID-19, Jabatan Kecemasan HSAH Masih Berfungsi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jul 2021 4:43PM

Datuk Dr Mohd Hayati Othman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seramai 30 individu terdiri daripada doktor, jururawat serta pekerja bahagian pembersihan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) disahkan positif COVID-19, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman ketika dihubungi Getaran bagaimanapun menafikan dakwaan, kononnya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di hospital berkenaan seperti yang tular di media sosial.

Malah katanya, dakwaan mengatakan bahawa hospital tersebut sebagai lubuk virus juga agak keterlaluan.

“Dakwaan mengatakan hospital itu ditutup dan hanya dibuka untuk kecemasan seperti yang ditularkan di media sosial adalah tidak benar. Jabatan Kecemasan masih beroperasi seperti biasa.

“Setakat ini ada beberapa klinik ditutup, antaranya klinik pesakit luar untuk disanitasi. Temu janji pemeriksaan pakar dijadualkan semula namun untuk khidmat pandu lalu atau bersalin contohnya, masih dibolehkan dan tiada masalah,” katanya.

Sejak pagi tadi, tular di media sosial kononnya Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengarahkan HSAH tidak mengambil sebarang pesakit untuk dimasukkan ke wad bagi tempoh dua minggu bermula kelmarin.

Selain itu, mesej yang sama turut menyebut kononnya HSAH kini berada dalam status ‘lockdown’ dengan jabatan kecemasan di situ disyaki menjadi lubuk virus penyebaran berkenaan.

Mohd Hayati menambah, buat masa ini semua kes dari hospital lain tidak akan dirujuk ke hospital tersebut sebaliknya akan dipindahkan ke tempat lain, antaranya Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

“Rakyat tidak perlu resah dengan apa yang berlaku kerana perkara ini sedang dikendalikan oleh jabatan kesihatan daerah dan negeri dengan sebaik mungkin.

“Tindakan menularkan dakwaan yang tak betul ini hanya membuatkan orang jadi panik. Memang ada dua lokaliti di Kuala Muda dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) namun itu tidak melibatkan premis hospital,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menafikan dakwaan kononnya semua varian di Kuala Muda berasal dari India dan Afrika Selatan yang sangat ganas.

“Varian dari India dan Afrika Selatan ini memanglah wujud seperti disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetapi tidaklah tertumpu di situ saja,” katanya.

Sementara itu Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di tempat lain kecuali melibatkan kes-kes kecemasan.

“Difahamkan pagi ini pihak hospital akan mengadakan pembersihan terminal di jabatan kecemasan secara berperingkat.

“Zon Hijau di jabatan kecemasan ditutup dengan pesakit dinasihatkan mendapat rawatan di klinik kesihatan berdekatan,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka