web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar - PMO

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 5:17PM

Ismail Sabri kekal memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa serta merta.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, Ismail Sabri kekal memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan.

Pelantikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diyakini dapat membantu pengurusan dan pentadbiran negara berjalan dengan lebih efisien dan sistematik.

Ia juga selaras dengan usaha memenuhi keperluan rakyat yang sedang berdepan krisis kesihatan dan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19.

Turut terbabit dalam pelantikan terbaharu itu adalah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri yang turut mengetuai Kluster Keselamatan.

“Perdana Menteri juga bersetuju untuk Hishammuddin membantu beliau dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.

“Kedua-dua pelantikan ini telah disembah maklum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustaffa Billah Shah dan berkuat kuasa serta merta,” kata PMO.

Menurut PMO, pelantikan ini diharapkan mampu meningkatkan keupayaan kerajaan Perikatan Nasional (PN) khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19.

“Ia juga diharapkan dapat memperkuatkan perpaduan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan dan memperkukuhkan kerajaan PN dengan tadbir urus yang telus, bebas rasuah dan berintegriti,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Akta 854 Mula Berkuat Kuasa Hari Ini

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Sukan 3 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Mahu Pelaksanaan Sistem Sewaan Tanah Pertanian Dikaji Semula

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki