web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Akta 854 Mula Berkuat Kuasa Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2024 6:46PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menetapkan Akta Keselamatan Siber 2024 (Akta 854) akan mula berkuat kuasa hari ini setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Jun lepas dan disiarkan dalam Warta pada 26 Jun.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan Perdana Menteri selaku Menteri yang bertanggungjawab bagi keselamatan siber turut menetapkan hari ini sebagai tarikh kuat kuasa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 854.

Peraturan-peratuan tersebut adalah Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Tempoh bagi Penilaian Risiko Keselamatan Siber dan Audit) 2024; dan Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pemberitahuan Insiden Keselamatan Siber) 2024.

Turut berkuat kuasa Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pelesenan Pemberi Perkhidmatan Keselamatan Siber) 2024 dan Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pengkompaunan Kesalahan) 2024.

"Peraturan-Peraturan di atas telah disiarkan dalam Warta pada 22 Ogos 2024," menurut kenyataan ini.

Akta 854 digubal bagi meningkatkan keselamatan siber negara dengan mengadakan peruntukan bagi penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN); kewajipan dan kuasa Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA); fungsi dan kewajipan ketua sektor Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (NCII), serta entiti NCIl itu sendiri.

Selain itu ia turut digubal untuk pengurusan ancaman keselamatan siber dan insiden keselamatan siber terhadap NCIl; mengawal selia pemberi perkhidmatan keselamatan siber melalui pelesenan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

Menurut kenyataan itu di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Tempoh bagi Penilaian Risiko Keselamatan Siber dan Audit) 2024, suatu entiti NCIl yang memiliki atau mengendalikan suatu NCIl, hendaklah membuat penilaian risiko keselamatan siber sekurang-kurangnya sekali setahun.

Entiti berkenaan juga perlu menjalankan audit sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun atau pada kekerapan yang lebih tinggi sebagaimana yang boleh diarahkan oleh Ketua Eksekutif dalam mana-mana hal tertentu.

Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pemberitahuan Insiden Keselamatan Siber) 2024 pula menetapkan supaya orang yang diberi kuasa bagi entiti NCII hendaklah memberitahu dengan segera melalui cara elektronik mengenai suatu insiden keselamatan siber yang telah berlaku, atau mungkin telah berlaku.

Kemudian orang yang diberi kuasa hendaklah mengemukakan butiran awal dalam masa enam jam daripada insiden keselamatan siber itu diketahui oleh entiti NCIl melalui "Sistem Pusat Penyelarasan dan Kawalan Siber Negara" (NC4 System).

Selanjutnya orang yang diberi kuasa bagi entiti NCIl itu perlu mengemukakan maklumat tambahan dalam tempoh 14 hari melalui "NC4 System". 

Butiran awal dan maklumat tambahan yang perlu dikemukakan adalah seperti yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pemberitahuan Insiden Keselamatan Siber).

Sementara itu, Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pelesenan Pemberi Perkhidmatan Keselamatan Siber) 2024 adalah terpakai bagi individu dan syarikat yang memberi perkhidmatan keselamatan siber yang berhubungan dengan perkhidmatan pemantauan pusat operasi keselamatan terurus dan perkhidmatan pengujian penembusan (Penetration Testing Service).

Peraturan-Peraturan Keselamatan Siber (Pengkompaunan Kesalahan) 2024 pula memperuntukkan berhubung kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun melibatkan subseksyen 20(6), 20(7), 22(7), 22(8), 24(4) dan 32(3). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Wan Nurzila Tamat Perkhidmatan Sebagai Pengarah Media Dan Komunikasi Strategik PMO

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Jangan Salah Guna Nama PMO, Tindakan Tegas Akan Diambil!’

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Umum Zahid, Fadillah Sebagai TPM

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

oleh Jason Santos

Semasa 11 jam yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Semasa 21 jam yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis