web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Anwar Umum Zahid, Fadillah Sebagai TPM

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 4:54PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata, Zahid turut memegang portfolio Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah manakala Fadillah sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula akan mengetuai Kementerian Pertahanan, manakala Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dinamakan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Portfolio Kementerian Kewangan dipegang Anwar.

Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke kembali sebagai Menteri Pengangkutan.

Presiden Amanah dan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu akan menerajui Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli pula dilantik sebagai Menteri Ekonomi.

Sementara itu, urusan Kementerian Kewangan turut akan dibantu beberapa penasihat diketuai penasihat Petronas, Tan Sri Hassan Merican yang tidak akan mengambil upah. 

Menurut Pejabat Perdana Menteri, nama Menteri Wilayah akan diumumkan kemudian.

Barisan Kabinet baharu akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 3 petang esok. - Getaran, 2 Disember 2022

Senarai Penuh Anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan:
1.    Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim
2.    Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
3.    TPM dan Menteri Perladangan dan Komoditi – Datuk Seri Fadhilah Yusof
4.    Menteri Penangkutan – Anthony Loke Siew Fook
5.    Menteri Pertanian and Keterjaminan Makanan – Mohamad Sabu
6.    Menteri Ekonomi – Rafizi Ramli
7.    Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan – Nga Kor Ming
8.    Menteri Pertahanan – Mohamad Hasan
9.    Menteri Kerja Raya – Alexander Nanta Linggi
10.    Menteri Dalam Negeri – Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail
11.    Menteri Perdangangan Antarabangsa and Industry – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
12.    Menteri Pendidikan Tinggi – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
13.    Menteri Sains dan Teknologi – Chang Lih Kang
14.    Menteri Pembangunan Wantai, Keluarga dan Masayrakat – Datuk Seri Nancy Shukri
15.    Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup – Datuk Seri Salahuddin Ayub
16.    Menteri di JPM – Urusan Undang2 dan Reformasi Institusi – Datuk Seri Azalina Othman
17.    Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – Nik Nazmi Nik Ahmad
18.    Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Ewon Benedict
19.    Menteri Luar Negeri – Datuk Seri Zambry Abdul Kadir
20.    Menteri Pelancongan – Datuk Seri Tiong King Sing
21.    Menteri Komunikasi Digital – Fahmi Fadzil
22.    Menteri Pendidikan – Fadhlina Sidek
23.    Menteri Perpaduan Negara – Ago anak Dagang
24.    Menteri Agama – Ketua Hakim Mahkamah Shariah – Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar
25.    Menteri Belia dan Sukan – Hannah Yeoh
26.    Menteri Kesihatan – Dr Zaleha Mustafa
27.    Menteri di JPM – Sabah dan Sarawak – Armizan Mohd Ali

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 5 hari yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 6 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad