web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anggota MPKK Aniaya Haiwan, Polis Lancar Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Jul 2021 11:36AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Polis sedang menyiasat dakwaan mengenai penganiayaan dilakukan anggota pihak berkuasa tempatan, ketika operasi menghapuskan anjing liar.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ia susulan penularan sebuah video yang didakwa membabitkan Majlis Perbandaran Kulim, Kedah (MPKK) baru-baru ini.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan, kerana mendatangkan khianat dengan membunuh atau mencacatkan seekor haiwan.

"Jika sabit kesalahan, perbuatan ini boleh membawa kepada penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Siasatan terperinci masih dijalankan bagi mengenal pasti undang- undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi melupus haiwan liar yang berkenaan," katanya, semalam.

 Kamarul Zaman berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung tindakan penguatkuasa berkenaan, yang disifatkan amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Kami menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan video berkenaan, yang boleh menimbulkan kegusaran serta kebimbangan masyarakat berhubung tindakan MPKK," katanya. 

Video operasi berkenaan tular di media sosial, berhubung kekejaman yang didakwa dilakukan anggota MPKK pada operasi menghapuskan anjing liar di sebuah kawasan perumahan di Kulim. - Getaran, 10 Julai 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah