web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ziarah - Menziarahi Langgar SOP, Publisiti Atau Memang Tidak Peduli?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 8:36PM

Annuar telah memadamkan ciapan di Twitter mengenai kunjungan ke atas Tun Abdullah dan isteri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saat rakyat dibebani pelbagai tekanan dek pandemik COVID-19, adalah amat menjengkelkan apabila melihat barisan pemimpin seolah 'buta' dan berlagak kebal, termasuk dari aspek perundangan, dengan sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa.

Selepas beberapa kali terjebak dalam kontroversi yang kelihatan sengaja dicipta bagi meraih publisiti, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa nampaknya menjadi bualan hangat lagi, gara-gara ‘kunjungan hormat’ ke atas mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah.

Meskipun pernah didenda sebelum ini ekoran kesalahan sama, jelas ia tidak menjadikan beliau serik apabila perbuatan tersebut terus diulangi buat kali seterusnya.

Aktiviti berkenaan meskipun didasari niat yang baik, namun ‘tidak kena pada tempat’ kerana dibuat di saat seisi negara tertakluk kepada SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Diperketat (PKPD).

Bukan sekadar melanggar peraturan ditetapkan, kunjungan terbabit juga berisiko mendedahkan Abdullah dan Jeanne kepada jangkitan virus COVID-19, berikutan faktor usia kedua-duanya yang tergolong sebagai warga emas.

Terkenal aktif di Twitter, Annuar nyata tersilap langkah apabila memuat naik beberapa foto kunjungan berkenaan, hingga mendorong kecaman netizen.

Kemarahan mereka itu ada asasnya kerana majoriti rakyat negara ini terpaksa berpuas hati ‘berkurung’ di kediaman masing-masing semata-mata demi memastikan tidak melanggar SOP, malah ada yang sudah lebih setahun tidak berpeluang menziarahi keluarga di kampung halaman.

Melihat warga kayangan ini bebas ke sana ke mari walaupun jelas menyalahi SOP dan dengan bangga pula memuat naik gambar di media sosial, pastilah ia seperti menuang minyak ke dalam api yang sedang marak.

Lebih ‘menyakitkan mata’, Annuar tidak berseorangan melakukan kunjungan itu kerana turut membawa bersama isterinya, Puan Sri Rosniah Abdul Rahman.

Semakan mendapati ciapan tersebut sudah dipadam namun sudah terlewat sebenarnya, kerana tangkap layar semua foto berkenaan tersebar meluas di media sosial.

Annuar menerusi ciapan itu berkata, beliau dan isteri meluangkan masa lebih dua jam menziarahi Abdullah di kediamannya di Bait Badawi di sini dan turut menikmati jamuan makan tengah hari yang disediakan Jeanne.

Sekadar info, garis panduan SOP disediakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan jelas menyebut bahawa aktiviti ziarah adalah dilarang sepanjang pelaksanaan PKP dan PKPD.

Pengguna Twitter dikenali sebagai Pamella Lim memberitahu, seorang penduduk di kawasan kediamannya ditahan polis peronda ketika mahu menghantar makanan ke rumah ibunya yang terletak berhampiran.

“Dia tidak dikenakan kompaun tetapi diajukan pelbagai soalan termasuk diingatkan mengenai peraturan serta SOP sepanjang pelaksanaan PKP dan PKPD, walaupun rumah ibunya hanya berselang beberapa pintu.

“Lelaki ini dilarang menghantar makanan ke ibunya sendiri, tetapi Annuar Musa dan isteri boleh pula melawat pasangan Badawi,” katanya, sinis.

Terbaru, tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menziarahi kediaman anggota Caliph Busker, Fendi turut mendapat perhatian netizen, apabila foto memaparkan beliau menyuap makanan ke mulut anak pemuzik cacat penglihatan berkenaan dimuat naik di Twitter.

Selain dikata melanggar SOP, tindakan Rina juga disifatkan mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kesihatan apabila menggunakan tangan tanpa sebarang perlindungan.

“Patut lah kes 9,000 lebih. Siap suap dengan tangan macam tu. Ni boleh sebar virus kt budak tu,” kata seorang pengguna Twitter yang hanya dikenali sebagai Shaq Koyok.

Turut dilihat melawat Fendi ialah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal yang menyampaikan bantuan asas di kediaman pemuzik berkenaan.

Wan Ahmad Fayshal juga tidak terlepas daripada diselar, apabila sekeping foto ‘di belakang tabir’ dikongsi ramai, memaparkan ‘segerombolan’ jurugambar sudah bersedia dengan kamera masing-masing bagi merakam ‘aksi' beliau beramah mesra bersama Fendi.

Sama ada kunjungan itu benar-benar berlatarkan keikhlasan atau sekadar meraih publisiti, rakyat nampaknya tidak peduli lagi kerana hati mereka sudah terlalu sarat menanggung duka, gara-gara ulah pemimpin negara.

Yang nyata, kontroversi dan pemimpin PN sememangnya berpisah tiada. - Getaran, 10 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 6 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi