web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Henti Berpolitik, Fokus Usaha Bantu Rakyat - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 12:19PM

Ismail Sabri (dua, kanan) bersama Rina meninjau di PPR Kerinchi Perumahan Pantai Permai yang dikenakan PKPD hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa semua pihak supaya berhenti berpolitik, sebaliknya memberi fokus kepada usaha membantu rakyat yang sedang mengalami kesusahan akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata dalam keadaan jumlah kes COVID-19 yang masih tinggi, semua pihak perlu bersatu dan bersama-sama untuk memerangi pandemik itu.

“Janganlah kita berpolitik dalam keadaan sekarang ini kerana rakyat sedang mengalami kesusahan dan memerlukan fokus sepenuhnya bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga parti-parti politik supaya kita dapat membantu rakyat.

“Sekarang ini fokus kita mestilah membantu rakyat yang sedang dalam kesusahan dan dalam masa yang sama strategi untuk menentang COVID-19 ini perlu juga disokong oleh semua,” katanya kepada pemberita selepas melawat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun.

PPR Kerinchi dikenakan PKPD bermula 3 hingga 16 Julai.

Ismail Sabri berkata sejak Januari lepas hingga kini, lebih 500,000 bakul makanan bernilai lebih RM50 juta telah diagihkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada rakyat yang terkesan dengan COVID-19.

Beliau berkata di bawah Program Kasih Prihatin pula kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta melibatkan sumbangan RM100 seorang kepada kira-kira 300,000 rakyat yang diagihkan mulai bulan ini hingga September ini.

“Walaupun bantuan ini bukan secara tunai, mereka boleh ke kedai-kedai terpilih sebanyak lebih 300 rantaiannya dan hanya perlu menunjukkan kad pengenalan seterusnya mereka boleh mendapatkan barangan bernilai RM100 secara percuma. Ini sebagai tambahan kepada bakul makanan ini,” katanya.

Beliau berkata selain bantuan kerajaan, majlis agama Islam di negeri-negeri serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyalurkan bantuan makanan dan barangan kepada mereka yang memerlukan.

Justeru, Ismail Sabri menggesa mana-mana pihak yang memerlukan bantuan atau terputus bekalan makanan supaya menghubungi Bilik Gerakan JKM di daerah masing-masing yang dibuka 24 jam setiap hari dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen untuk mendapatkan bantuan.

“Mereka juga boleh merujuk kepada pusat zakat negeri masing-masing untuk mendapatkan bantuan. Banyak masjid dan surau juga menyediakan gerobok rezeki. Jika ada masalah terus berhubung dengan pihak berkaitan. Kita tak nak tengok ada yang tidak makan satu, dua hari dan sebagainya.

“Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku kerana kita ada banyak tempat untuk mereka buat aduan dan mendapatkan bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat dan pihak NGO yang turut sama membantu kerajaan menyalurkan bantuan makanan dan barangan kepada mereka yang dalam kesusahan.

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan NGO untuk memudahkan pergerakan mereka terutamanya di kawasan yang terlibat dengan PKPD.

“Saya akan melihat secara terperinci bagaimana hendak membantu pergerakan mereka. Pergerakan sekarang memang agak sukar kerana dalam prosedur operasi standard (SOP), pergerakan antara daerah hanya boleh dilakukan apabila Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara.

“Sekarang kita masih di Fasa Satu dan ada (beberapa negeri) yang dah masuk Fasa Dua, pergerakan masih lagi terhad. Saya akan bincang perkara ini dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun bersetuju supaya saya melihat perkara ini bagi membantu mempermudahkan urusan NGO untuk membantu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Pantau Janji PRK, Elak Retorik Lama - Santhara

2

Politik 5 bulan yang lalu

Pengundi India Tetap Akan Sokong PH Walaupun Kecewa - Sivarraajh

3

Politik 5 bulan yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan