web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kelantan Boleh Capai Imuniti Kelompok Oktober - MB Kelantan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 12:31PM

Ahmad Yakob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Kelantan berada di landasan yang betul untuk mencapai imuniti kelompok dengan sasaran 70 hingga 80 peratus daripada 1.2 juta rakyat di negeri itu menerima vaksin menjelang Oktober ini, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata ini berasaskan kepada proses vaksinasi yang berjalan lancar di seluruh negeri selain bekalan dos vaksin yang bakal diterima dalam jumlah besar mulai bulan ini.

“Kelantan dijangka menerima 438,000 dos vaksin bulan ini dengan penghantaran akan dilakukan secara berperingkat setiap minggu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau program Outreach Vaksinasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Pasir Pekan, di sini hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan berkata program outreach itu merupakan kerjasama antara Pusat Khidmat ADUN Pasir Pekan, Penghulu dan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

“Hari ini seramai 200 orang akan terima vaksin, program akan dilaksanakan selama empat hari melibatkan 800 orang penerima dari sekitar kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Ahmad mengingatkan penduduk agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika sambutan Hari Raya Aidiladha pada 20 Julai ini bagi memastikan kes harian negeri itu kekal menurun seperti yang direkodkan sekarang.

Semalam, Kelantan mencatatkan 89 kes baharu COVID-19 dengan 2,467 kes masih dalam rawatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: Ahmad Yakob Akui Lepas Jawatan Sebab Masalah Kesihatan 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KKD Teliti Pasang Internet Satelit Di 200 Kampung Di Kelantan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangkitan COVID-19 Termasuk Varian Omicron XBB Terkawal - Khairy

4

Jelajah 2 tahun yang lalu

Zoo Mini Kuala Krai Berwajah Baharu, Kembali Beroperasi Selepas 17 Tahun Sepi Tanpa Pengunjung

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan