web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MOSTI Runding Dengan Arab Saudi Tentang Pengiktirafan Vaksin Haji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 1:50PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan melakukan rundingan dengan kerajaan Arab Saudi berkenaan isu pengiktirafan vaksin COVID-19 membabitkan jemaah haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata pihaknya berharap dalam tempoh terdekat kerajaan Arab Saudi akan menerima semua jemaah yang telah mendapat suntikan vaksin yang diktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Katanya setakat ini kesemua vaksin COVID-19 yang dibekalkan kepada kerajaan Malaysia adalah diiktiraf oleh WHO.

“Insya-Allah dalam masa terdekat ini kita berharap untuk kerajaan Arab Saudi menerima semua vaksin yang diktiraf oleh WHO,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Penyerahan Sumbangan Inspirasi Qaseh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Kampung Sering, di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi dilaporkan menetapkan hanya jemaah yang menerima vaksin Pfizer dan AstraZeneca dibenarkan menunaikan haji.

Sementara itu, Ahmad Marzuk berkata semua jemaah Malaysia yang tidak dapat menunaikan rukun Islam kelima itu pada tahun ini disebabkan pandemik COVID-19 sudah dimaklumkan terlebih awal.

“Kesemua mereka dapat menerima berita itu dengan baik selain pihak kami turut memberi motivasi dan semangat kepada mereka,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Media Antarabangsa Dibawa Lawat Kilang Air Zamzam, Pusat Kad Nusuk

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan