web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Waze Punya Pasal, Kereta Terbenam Dalam Lumpur

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 10:41AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPUNG GAJAH - Dua beranak berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki tersangkut di dalam lumpur dan tidak dapat bergerak di Jalan Kampung Changkat Lada, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, pemandu wanita dan anak perempuannya itu dipercayai mengikut arah menggunakan aplikasi penunjuk arah Waze, sebelum sesat di hutan sawit dan tersangkut di dalam lumpur berkenaan.

Difahamkan, akibat cemas dengan situasi itu, wanita berkenaan kemudiannya meminta bantuan bomba sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah bergegas ke lokasi kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.20 tengah malam dan mendapati kereta dinaiki wanita bersama anaknya itu sudah tersangkut di dalam lumpur.

“Kenderaan dipandu mangsa dipercayai tersangkut di dalam lumpur selepas mengikut aplikasi penunjuk arah Waze dan sesat sehingga ke dalam hutan sawit.

“Bomba terpaksa masuk ke dalah hutan sawit kira-kira 3 kilometer dari jalan utama bagi menyelamatkan kedua-dua mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut jurucakap berkenaan, operasi menarik kereta terbabit dilakukan menggunakan tali dan peralatan khas sebelum kenderaan itu berjaya dikeluarkan.

Operasi ditamatkan pada jam 1.30 pagi. - Getaran, 12 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 3 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi