web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rumah Sembelihan Veterinar Antara Premis Dibenar Laksana Aktiviti Ibadah Korban Di Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 4:24PM

Mohd Zawawi Ahmad Mughni - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Hanya tiga premis di Selangor dibenarkan untuk menjalankan sembelihan bagi aktiviti ibadah korban sempena perayaan Aidiladha yang akan disambut umat Islam 20 Julai ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata premis yang dibenarkan ialah rumah sembelih veterinar atau rumah sembelihan swasta serta ladang atau kandang ternak yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (JPVS); dan masjid di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Mana-mana pihak atau badan bukan kerajaan (NGO) mesti menjalankan (sembelihan) di tempat ini dan perlu berdaftar serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

“Kalau melalui masjid, pihak pengurusan akan daftarkan nama itu dengan pejabat agama Islam daerah (PAID) (di bawah JAIS) manakala untuk yang dua lagi boleh terus kepada JPVS,” katanya ketika ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum bantahan wakil penduduk Sri Mersing, Taman Sri Andalas di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang hari ini.

Mohd Zawawi berkata berhubung status perkembangan proses vaksinasi kepada petugas ibadah korban, beliau berkata pihaknya hanya mensyaratkan sekurang-kurangnya mereka telah selesai mendapat satu dos suntikan.

Terdahulu, Mohd Zawawi berkata hasil perbincangan pihaknya bersama PKD Klang hari ini bersetuju bagi menyemak semula lokasi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Dewan Sukan Taman Sri Andalas, dekat sini yang didakwa lokasi hampir dengan perumahan penduduk di kawasan itu.

Jelasnya, PKD tersebut akan segera melakukan penambahbaikan antaranya mengawal keadaan lalu lintas, menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan menyediakan lokasi tempat letak kereta bersesuaian untuk pesakit yang hadir ke CAC tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

4

Semasa 3 bulan yang lalu

PM Sumbang 35 Ekor Lembu Kepada 11 Wilayah Felda Sempena Aidiladha

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad