web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kabinet Akan Bincang Rayuan Doktor Kontrak - PM Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 1:49PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berbincang dengan jemaah menteri berkenaan rayuan doktor-doktor kontrak yang mahu dilantik ke jawatan tetap dalam sektor perkhidmatan awam.

Beliau berkata perkara itu perlu dibincang dengan teliti memandangkan ia akan melibatkan kos yang tinggi iaitu lebih RM2 bilion kepada kerajaan.

“Ada rayuan daripada doktor-doktor kontrak, jadi kertas cadangan oleh Kementerian Kesihatan akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri.

“Kalau kita hendak (tunaikan permintaan) itu ia akan libatkan kos yang tinggi lebih dari RM2 bilion dalam keadaan sekarang ada keterbatasan sikit jadi kita tengoklah macam mana keadaan yang dapat kita atasi.

“Mereka meminta untuk dijadikan jawatan tetap dan sebagainya, ini saya telah minta untuk dibawa ke jemaah menteri kerana kita akan bincang apa keputusan yang munasabah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan media sebelum ini berkata beliau meminta doktor kontrak agar bersabar sementara isu dihadapi mereka dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad