web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantu Kembalikan Pendengaran Kepada Anak Golongan Kurang Berkemampuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 10:52AM

Sylvia Lee menunjukkan alamt bantuan pendengaran yang diberikan kepada golongan kurang upaya secara percuma.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tidak sanggup melihat kanak-kanak mengalami masalah kurang pendengaran sejak awal usia, Best Hearing Aid Centre dan Resound Centre akan menyumbangkan 28 alat bantu pendengaran kepada golongan kurang berkemampuan secara percuma.

Inisiatif dibuat Lions Club of Ipoh Evergreen dan Hospital Pakar Ipoh itu akan memberi peluang kepada kanak-kanak kurang berkemampuan ini memiliki alat bantu pendengaran, sekali gus membolehkan mereka kembali merasai nikmat kehidupan.

Audiologist di Lions Club of Ipoh Evergreen dan Hospital Pakar Ipoh, Sylvia Lee berkata, setakat ini mereka sudah menerima tujuh permohonan untuk mendapatkan alat bantu pendengaran itu, namun hanya dua pemohon sahaja didapati sesuai untuk menggunakan alat berkenaan.

Katanya, kanak-kanak kurang berkemampuan yang memohon untuk mendapatkan alat tersebut perlu menjalani pemeriksaan bagi memastikan kesesuaian.

Alat bantuan pendengaran yang akan diberikan secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan.
Alat bantuan pendengaran yang akan diberikan secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan.

Menurutnya, alat bantu pendengaran ini hanya sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami masalah kurang pendengaran dan bukan komplikasi lebih serius seperti pekak.

“Inisiatif ini kami ambil selepas melihat ramai kanak-kanak menghadapi masalah kurang pendengaran manakala keluarga mereka pula kurang berkemampuan untuk menangani keadaan itu.

“Diharap bantuan tersebut akan membantu mereka kembali merasai nikmat kehidupan,” katanya.

Menurut Lee , permohonan sudah mula dibuka sehingga 15 Ogos depan dan mereka yang ingin memohon boleh menghubung Ashok Kumar (012-415 0275) atau Katherine Tuen (018-225 3098). 

Katanya, sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui email audiosylvia@gmail.com. - Getaran, 15 Julai 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki