web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RCI Perlu Pakar Berkelayakan - Mujahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 2:56PM

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mujahid Yusof bersedia memberikan kerjasama kepada RCI dalam siasatan yang dijalankan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan kerajaan perlu dianggotai pakar berkelayakan, bagi menyiasat isu-isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) kata Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Naib Presiden Parti Amanah Negara itu berkata, beliau bersedia memberi kerjasama kepada RCI bagi memastikan siasatan itu telus dan profesional tanpa sebarang agenda politik.

Menurut Mujahid, beliau sentiasa terbuka untuk berkongsi segala langkah dan tindakan yang diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam menyelamatkan TH.

"Ia termasuk laporan polis yang dibuat ke atas individu terbabit dalam penyelewengan dana TH," katanya hari ini.

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, pihaknya sejak awal menyokong penubuhan RCI dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas keputusan tersebut.

"Setelah 17 bulan PN berkuasa dan isu RCI TH disensasikan, akhirnya Timbalan Perdana Menteri menyatakan persetujuan kabinet untuk penubuhan itu.

“Sepanjang tempoh 22 bulan saya diberikan amanah menjaga TH,  saya dan pasukan TH bertindak berpandukan laporan firma audit profesional yang disebut bagi menjayakan pelan penstrukturan semula selepas TH berada dalam keadaan tenat dari sudut kewangannya dan integritinya,” katanya.

Mujahid turut meluahkan rasa hairan apabila melihat skop RCI hanya tertumpu kepada isu berbangkit bermula 2014 hingga 2020 dan tidak meliputi pelan penstrukturan atau pemulihan TH.

Katanya, sepanjang tempoh 22 bulan diberikan amanah menjaga TH, beliau dan pasukan bertindak berpandukan atas laporan firma audit profesional.

" Dua perkara asas yang saya lakukan segera iaitu pertama, memastikan pengeluaran hibah (dividen) mematuhi Akta TH (1995) yang telah dilanggar sejak 2014.

" Kedua, menutup jurang defisit antara aset dan liabiliti yang mengikut Laporan Audit 2017 adalah sebanyak RM4 bilion,” katanya.

Tambah beliau, ia bagi menjayakan pelan penstrukturan semula TH yang ketika itu berada dalam keadaan tenat dari sudut kewangan dan integriti.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, Pelan Penstrukturan Semula TH diperkenalkan secara telus dan mendapat kelulusan Kabinet serta dijelaskan di dalam Parlimen secara terbuka. - Getaran, 15 Julai 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang