web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PPV Integrasi Dibuka, Sektor Pelancongan Langkawi Bakal ‘Hidup’ Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 1:14PM

Nancy Shukri (kanan) bersama Muhammad Sanusi ketika mengunjungi PPVI di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Usaha untuk mempersiapkan Langkawi bagi membolehkan sektor pelancongan di pulau legenda itu kembali beroperasi pada September depan, kian rancak dengan pembukaan pusat pemberian vaksin integrasi (PPVI) baharu yang mampu memvaksin hingga 3,000 individu sehari, bermula hari ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, dengan kewujudan PPVI pertama di Kedah yang beroperasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) itu, usaha untuk memvaksin 80 peratus atau kira-kira 74,000 penduduk bagi mencapai imuniti berkelompok dijangka dapat dicapai dalam tempoh 40 hari.

Setelah itu katanya, orang ramai terdiri daripada mereka yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin, dijangka tidak lagi berdepan masalah untuk datang ke Langkawi bagi bercuti.

Ini akan berlaku di bawah gelembung pelancongan hijau (Green Bubble Tourism) hasil kerjasama kerajaan negeri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) seperti diumumkan sebelum ini.

“Bagaimanapun buat masa sekarang kita sedang memikirkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) melibatkan kanak-kanak kerana setakat ini mereka yang berusia di bawah 18 tahun, tidak divaksin.

“Mungkin ada ketetapan tertentu untuk golongan itu kerana biasanya orang ramai akan ke Langkawi dengan anak-anak mereka. Saya harap ada ketetapan dibuat kerajaan Persekutuan mengenainya ketika kerajaan negeri sudah bersedia untuk kembali merancakkan sektor pelancongan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat ke PPVI tersebut bersama Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukry di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi menambah, beberapa perincian turut diberi tumpuan bagi memastikan industri pelancongan di Langkawi tidak perlu ditutup hanya beberapa hari selepas dibuka, seperti yang berlaku di negara jiran.

Dalam pada itu Nancy memaklumkan, Langkawi dipilih sebagai perintis projek tersebut kerana memiliki jumlah penduduk yang ramai, selain kedudukannya agak terasing, sekali gus memudahkan pemantauan.

“Destinasi ini juga mempunyai kekuatannya tersendiri seperti memiliki rangkaian penerbangan seranta dan antarabangsa serta mempunyai sejumlah besar kemudahan penginapan bagi pelbagai lapisan segmen pelancong.

“Usaha ini akan diperluaskan ke destinasi pelancongan lain seperti Pulau Pinang, Pahang, Johor, Melaka dan Sabah secara berperingkat.

“Perbincangan juga telah dibuat bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin agar lebih banyak PPVI diagihkan ke sektor ini, termasuk di kawasan lain supaya persiapan boleh dilakukan segera,” katanya. - Getaran, 17 Julai 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi