web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Takbir Hari Raya Di Masjid Dan Surau Di Kawasan PPN Fasa Kedua Dibenarkan - JAKIM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 2:56PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Takbir Hari Raya Aidiladha di semua masjid dan surau di kawasan dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah dibenarkan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa solat sunat Aidiladha dan khutbah Hari Raya serta ibadah korban bagi tahun ini turut dibenarkan dengan mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP) dan kebenaran pihak berkuasa agama negeri.

Bagaimanapun takbir dari rumah ke rumah, jamuan selepas solat sunat Aidiladha, program ziarah, ziarah tanah perkuburan dan rumah terbuka atau majlis jamuan hari raya, adalah tidak dibenarkan.

Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Selasa depan (20 Julai) dan lapan negeri yang telah beralih ke Fasa Kedua PPN setakat ini iaitu Perlis, Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Menurut JAKIM bagi kawalan penularan dan jangkitan, masjid atau surau perlu mengadakan kaunter di pintu masuk dengan jumlah yang hadir perlu dihadkan bilangannya, suhu badan diperiksa, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah diambil; dan ruang solat serta kawasan sekitarnya, termasuk tandas dan ruang wuduk perlu kerap disanitasi.

Menurutnya pintu masjid hanya dibuka satu jam sebelum solat dan ditutup sejurus selepas selesai aktiviti solat berjemaah manakala jemaah yang sihat dan tidak bergejala sahaja dibenarkan hadir dengan mengikut SOP. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Persembahan Untuk Maal Hijrah Berdasarkan Tafsir Ilmi Kejadian Langit Dan Bumi’ - JAKIM

4

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Teruja Raikan Aidiladha, Abdul Rahman Mahu Sertai Korban Tahun Depan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad