web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesta Liar Ketika PKPD, 28 Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 12:28PM

11 pengunjung termasuk empat wanita turut disahkan positif dadah jenis metaphetamine. - Gambar dari PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 28 individu termasuk 12 wanita ditahan ketika leka berhibur dalam parti liar sambutan hari lahir di sebuah kediaman mewah, di Jalan Pudu, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan jam 1 pagi oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur itu, 11 pengunjung termasuk empat wanita turut disahkan positif dadah jenis metaphetamine.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Nasri Mansor berkata, kesemua 28 pengunjung berusia antara 27 hingga 63 tahun itu sedang asyik berhibur ketika ditahan.

Difahamkan, pesta tersebut adalah anjuran seorang pengunjung lelaki, bagi meraikan hari lahir isterinya.

“Hasil serbuan, polis menemui dadah jenis ketamin dipercayai digunakan sebahagian pengunjung yang dijemput suami wanita terbabit serta rakan kepada isterinya.

“Satu daripada tiga bilik tidur dalam unit kediaman itu dijadikan tempat mereka menari, lengkap dengan lampu ala disko,” katanya selepas mengetuai operasi berkenaan.

Nasri berkata, pihaknya turut menemui kondom yang sudah digunakan di lokasi serbuan.

“Berdasarkan saringan air kencing oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, tujuh lelaki dan empat wanita didapati positif dadah.

“Polis juga mengambil tindakan terhadap pemilik unit kediaman dan pengurusan residensi berkenaan yang membiarkan aktiviti parti liar ini berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, semua individu terbabit ditahan dan dikenakan kompaun mengikut Seksyen 22, Perintah Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit, Akta 342, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 15 (1)(a) akta yang sama. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Khai Bahar Nafi Sertai Parti Liar Sejak Berkawan Dengan Pempengaruh Dan Usahawan Wanita

4

Semasa 4 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad