web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Main Badminton Langgar SOP PPN, 5 Lelaki Dikompaun RM2,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 5:25PM

Lima lelaki dikompaun RM2,000 kerana melanggar SOP PPN dengan bermain badminton.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANJUNG - Gara-gara melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), lima lelaki dikompaun RM2,000 setiap seorang selepas ditangkap bermain badminton di Ayer Tawar di sini, kelmarin.

Getaran difahamkan, kompaun berkenaan dikeluarkan Pasukan Task Force Pematuhan COVID-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada jam 6 petang di sebuah gelanggang.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Nor Omar Sappi berkata, lima lelaki terbabit didapati sudah berhenti bermain, ketika pemeriksaan dilakukan di premis tersebut yang pintu masuknya dikunci, dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, kelima-lima lelaki berkenaan berusia antara 25 hingga 31 tahun itu gagal mematuhi SOP iaitu melakukan aktiviti sukan dan rekreasi di kawasan tertutup.

“Semua individu itu mengaku bermain badminton dalam premis dan susulan itu polis mengeluarkan kompaun mengikut kesalahan tidak melakukan langkah pencegahan (Peraturan 16) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Pemilik premis tiada di lokasi ketika pemeriksaan dilakukan dan sudah memanggil individu berkenaan untuk dikompaun RM4,000 kerana membenarkan aktiviti sukan indoor iaitu bermain badminton dalam dewannya,” katanya.

Nor Omar turut menasihatkan supaya orang ramai terus mematuhi arahan kerajaan kerajaan untuk melandaikan lengkuk penyebaran COVID-19. - Getaran, 18 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Kem Badminton Berdepan Tembok Besar China, Vikings

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki