web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Catat Kadar Vaksin Terendah, Sabah Negeri Kelas Kedua?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 5:27PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sabah direkodkan sebagai negeri terendah menerima suntikan vaksin COVID-19 apabila mencatatkan hanya 12.8 peratus bagi pemberian dos pertama dan 9.4 peratus untuk dos kedua sehingga semalam.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Sabah menerima sebanyak 501,110 dos pertama dan 366,342 dos kedua setakat ini.

Mempersoalkan ‘pencapaian’ itu, portal Sabahkini2.com berkata, bilangan terbabit masih rendah untuk Sabah mencapai imuniti kelompok menjelang Disember tahun ini seperti dirancang kerajaan, malah tidak memenuhi sasaran 30 ribu dos suntikan sehari negeri itu apabila semalam, hanya 22,790 dos diberikan.

“Sebelum ini Sabah dijanjikan 720,000 dos vaksin pada Julai dan tambahan 1.1 juta dijangka diterima Ogos depan, malah Ketua Menterinya, Datuk Hajiji Mohd Noor dilaporkan berkata, lebih dua juta dos sepatutnya diterima negeri ini bagi kedua-dua bulan terbabit.

“Janji Julai nampaknya sudah ‘dicapati’ dan jika Ogos ini Sabah tidak menerima jumlah vaksin dijanjikan, ia akan menjejaskan sasaran imuniti kelompok pada hujung tahun.

Sabahkini2.com turut mempertikaikan tindakan diambil Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin yang seolah-olah menganggap Sabah sebagai negeri kelas kedua.

“Mengapa? Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin anggap Sabah ‘second class’? Sabah sentiasa yang terakhir ke? Tunggu Sabah kembali catat 1,000 kes ke?” katanya.

Portal terbabit turut menggesa Khairy segera menunaikan janji untuk membekalkan jumlah dos vaksin seperti dimaklumkan sebelum ini.

Katanya, ini bagi memastikan imunisasi kelompok dicapai negeri berkenaan seperti tempoh disasarkan, selain membolehkan semua rakyat menerima vaksin pada kadar segera.

Menurut portal sama, kerajaan negeri diminta melaksanakan usaha tersendiri, berbanding hanya bergantung kepada pendaftaran menerusi aplikasi MySejahtera atau laman sesawang JKJAV untuk memastikan rakyat Sabah menerima vaksin terbabit dengan lebih cepat.

“Biar kerajaan Sabah cari sendiri rakyatnya di semua daerah. Mahu mengharapkan pendaftaran dalam talian amat tidak sesuai dengan negeri ini.

“Jika mahu kata rakyat luar bandar tidak mahu vaksin, ini tidak benar kerana program capaian mengenai imunisasi terbabit menerima sambutan daripada penduduk di kawasan berkenaan,” jelasnya lagi.

Sambutan menggalakkan itu bagaimanapun kata portal terbabit, tidak bererti sekiranya bekalan vaksin tidak mencukupi, menyebabkan penerima perlu datang kembali, lantas mengundang kekecewaan kerana jarak perjalanan yang jauh.

“Tindakan melihat Sabah sebagai negeri terakhir dan mendapat jumlah dos paling sikit ini tidak bagus. Janganlah pilih kasih. Sabah wilayah Malaysia tetapi kenapa dilayan sedemikian,” tegasnya. - Getaran, 20 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 7 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan