web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Kembali Meningkat, 12,366 Jangkitan Baharu Dilaporkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 8:32PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam di negara ini kembali meningkat dengan 12,366 kes dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 939,899.

Selangor masih menjadi penyumbang utama kes baharu dengan 5,524 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,580), Negeri Sembilan (970), Johor (793), Kedah (701) Sabah (657) dan Pulau Pinang (460).

Sarawak merekodkan 351 kes, Melaka (309), Perak (295), Pahang (288),Terengganu (190), Kelantan  (179), Putrajaya (50), Labuan (17) manakala Perlis hanya dua kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menerusi kenyataannya memaklumkan seramai 924 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 448 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Menurutnya 7,567 kes sembuh wabak itu dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya di negara ini ialah 798,955 kes.

Dalam pada itu, katanya, terdapat 93 kes kematian dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 7,241 kes.

Beliau berkata kes kematian itu melibatkan 91 warganegara manakala dua lagi adalah warga asing.

Selangor masih menjadi negeri tertinggi melaporkan kes kematian semalam iaitu 31 kes diikuti Johor (16), Melaka (9), Kedah (8), Pahang (7) serta masing-masing lima kes di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak.

Dr Noor Hisham berkata 18 kluster baharu dikesan semalam dengan 13 daripadanya berkaitan dengan tempat kerja, dua masing-masing melibatkan komuniti dan  kumpulan berisiko tinggi manakala satu kluster pusat tahanan.

Beliau turut berkongsi nilai kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) di Malaysia semalam adalah 1.14 dengan Terengganu mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.30, diikuti Kedah (1.24), Sabah (1.23), Putrajaya (1.22), Pulau Pinang (1.20).

Negeri-negeri lain yang turut mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Johor (1.18), Negeri Sembilan (1.17), Pahang (1.16), Selangor (1.15), Melaka (1.14), Kuala Lumpur (1.10), Perak (1.10) dan Kelantan (1.09). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 8 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut