web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Gembira, Sambut Baik Kebenaran 'Dine In'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Feb 2021 12:00PM

Seorang pelayan mengambil pesanan makanan pelanggan di restoran Pelita Desa Sri Hartamas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Sejak Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0) dikuatkuasakan pada 16 Januari, semua restoran dan kedai makan di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi seperti selalu.

Ia susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang hanya membenarkan restoran dan kedai makan menggunakan konsep bawa pulang (take away) atau melakukan servis penghantaran.

Selepas hampir sebulan PKP 2.0 dilaksanakan, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menarik semula keputusan berkenaan, dan ia disambut gembira semua rakyat.

Dalam pengumuman itu Ismail Sabri berkata, semua restoran dan kedai makan dibenarkan menerima pelanggan untuk dine-in, dengan had dua orang semeja pada jarak satu meter antara satu sama lain.

“MKN sepakat memberi kebenaran ini bermula 10 Februari lalu dan kami berharap ia tidak disalah guna oleh rakyat,” katanya pada sidang media khas MKN baru-baru ini.

Pelanggan Restoran Pelita Desa Sri Hartamas mengikut SOP di kedai makan itu.
Pelanggan Restoran Pelita Desa Sri Hartamas mengikut SOP di kedai makan itu.

Tinjauan Getaran mendapati, keputusan kerajaan itu nyata membuahkan kegembiraan di kalangan orang ramai, apabila mereka kembali berpeluang menikmati juadah pilihan di restoran kegemaran masing-masing.

Seorang usahawan kecil, Addriana Nabilla Mohd Anuar, 26 berkata, keputusan terbabit amat wajar dan tepat pada masanya.

Dalam keadaan negara dilingkari pandemik katanya, kebenaran untuk dine-in ini membantu pengusaha restoran atau pemilik kedai makan menjana semula pendapatan mereka secara agresif.

“Memang rasa gembira apabila pengumuman boleh dine-in dikeluarkan, setelah lama tak makan di kedai, seronok jugalah walaupun hanya dua orang sahaja dibenarkan untuk setiap meja,” katanya kepada Getaran.

Menurut Addriana Nabilla, walaupun kedai makan dan restoran dibenarkan untuk mengambil pesanan bagi penghantaran atau makanan bungkus, ia tetap tidak berupaya menghalang kerugian daripada berlaku.

Hanya dua orang sahaja dibenarkan untuk setiap meja megiku SOP yang dikeluarkan MKN.
Hanya dua orang sahaja dibenarkan untuk setiap meja megiku SOP yang dikeluarkan MKN.

Dalam pada keputusan itu disambut baik, masih ada  berpendapat, langkah berkenaan wajar diperhalusi semula, mengambil kira bilangan kes  COVID-19 yang masih tinggi.

Barista di cawangan kafe terkemuka Starbucks, Muhamad Irfan Mohd Redzwan, 25  berkata, keputusan kerajaan itu walaupun berunsur positif namun tetap berpotensi mencetuskan implikasi buruk.

“Saya bersetuju dengan tindakan kerajaan membuka semula restoran dan kedai makan untuk dine-in kerana membantu ramai pihak terutamanya peniaga-peniaga kecil, tetapi ia tetap memiliki implikasi buruk, khususnya apabila kerajaan mula melonggarkan SOP kedai makan serta restoran,” katanya.

Menurut beliau, risiko dijangkiti COVID-19 semakin tinggi ekoran akan ada pelanggan mengambil sambil lewa soal penjagaan jarak serta tidak memakai pelitup muka dengan betul ketika memesan mahupun mengambil pesanan mereka.

 “Saya berpendapat SOP yang di longgarkan oleh kerajaan adalah wajar dilakukan demi kelangsungan ekonomi, tetapi perlu ada SOP yang lebih ketat bagi mengurangkan kadar jangkitan COVID-19 di dalam negara,” katanya. – Getaran, 16 Februari 2021           

Berita Berkaitan

1

Selera 2 minggu yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Uncle Roger Umum Buka Restoran Pertama Di Malaysia

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Pengusaha Restoran Bertahan Tidak Naikkan Harga Demi Pelanggan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini