web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Yob Daha Akhirnya Tumpas Jua

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 4:08PM

Yob Daha berjaya ditangkap semalam dan akan dipindahkan ke Taman Negara esok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Selepas sekian lama bermaharajalela dan merosakkan tanaman penduduk kampung, Yob Daha akhirnya berjaya ditangkap semalam.

Jurucakap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak berkata, gajah jantan yang dianggarkan berusia 18 hingga 20 tahun itu ditangkap di Felda Bersia Timur, Gerik.

Katanya, tangkapan dibuat sebaik PERHILITAN negeri menerima aduan mengenai kerosakan pada tanaman pisang, kelapa dan kelapa sawit milik penduduk kampung, yang dilakukan haiwan tersebut.

“Operasi menjejaki Yob Daha bermula pada jam 7 pagi semalam oleh Unit Tindakan Gajah (UTG), Perak dan mengambil masa selama tiga jam,” katanya di sini hari ini.

Proses pemindahan gajah seberat dua tan itu akan dijalankan esok bermula jam 8 pagi, membabitkan 15 petugas Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dan lapan dari PERHILITAN Perak.

“Dua ekor denak iaitu Rambai dan Abot akan digunakan bagi memujuk dan menenangkan Yob Daha untuk bergerak menaiki lori menuju ke lokasi penempatan semula iaitu di Taman Negara, Pahang,” katanya.

Lokasi berkenaan dipercayai lebih sesuai dan selesa untuk gajah itu memulakan kehidupan di habitat baharu. - Getaran, 21 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 3 bulan yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka