web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, Kontak Rapat Punca Peningkatan Kes Di Kedah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 8:39PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Peningkatan kes COVID-19 di Kedah kebelakangan ini disahkan berpunca daripada kontak rapat termasuk melibatkan kunjungan terhadap ibu bapa.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo berkata, terdapat juga kluster baharu yang berpunca daripada majlis atau kenduri keluarga.

Bersandarkan senario itu katanya, pihaknya mengandaikan amalan norma baharu masih belum dihayati secukupnya ketika ini.

“Majoriti kes positif yang kita kesan adalah berpunca daripada saringan kontak rapat diikuti saringan bergejala, kluster serta tempat kerja.

“Umumnya semua hospital kerajaan di Kedah pada tahap penuh iaitu melebihi 75 peratus. Di Hospital Kulim contohnya, kita terpaksa memasukkan kes-kes positif ke hospital hibrid lain yang ada kekosongan,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah sebelum ini memaklumkan, 49 peratus daripada 7,093 kes positif yang direkodkan di negeri ini pada 7 hingga 20 Julai lalu, dikesan hasil saringan kontak rapat.

Malah kes di Kedah semalam turut mencatatkan rekod baharu, iaitu 800 iaitu peningkatan sekali ganda berbanding 701 dicatatkan semalam.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman mengakui kebanyakan kes yang dikesan di negeri ini berlaku dalam komuniti.

“Dalam kes di kilang contohnya, kebanyakannya bermula daripada komuniti. Apabila mereka pergi bekerja, virus berkenaan menjangkiti pihak ketiga, sebelum ia disebarkan pula kepada komuniti lain.

“Selain itu, kes di negeri ini turut meningkat kerana saringan bersasar dilakukan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Muda. Kita dapati kebanyakan individu yang disaring sememangnya positif COVID-19,” katanya.

Mengulas mengenai keadaan hospital yang dikatakan penuh, Mohd Hayati berkata, penambahan katil akan dilakukan termasuk di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

“Apabila Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) penuh, kita akan hantar pesakit ke Hospital Kulim, Baling dan Sik. Tetapi hospital-hospital itu kecil dan cepat juga penuh.

“Maka tindakan yang boleh diambil adalah menambah bilangan katil di hospital tersebut dan PKRC. Pesakit bagi kategori dua dan tiga boleh ditempatkan di PKRC manakala kategori empat dan lima akan dirawat di hospital,” katanya. - Getaran 22 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang