web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buku Shaari Isa Disenaraikan Untuk Anugerah Sastera Dublin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 4:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buku Beyond Yamashita And Percival tulisan penulis buku veteran negara, Datuk Dr Shaari Isa telah disenaraikan untuk Anugerah Sastera Dublin. 

Novel era perang dunia kedua itu merupakan antara 49 buah buku yang disenaraikan untuk anugerah terbabit.

Pencalonan untuk anugerah tersebut dibuat oleh perpustakaan seluruh dunia dan ditaja oleh Dublin City Council. Hadiah wang tunai RM490,000 ditawarkan kepada pemenang.

Ia diperkenalkan pada 1994 dan merupakan salah satu anugerah paling bernilai untuk kategori sastera yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

Buku Shaari dalam bahasa Inggeris ini diterjemahkan dari Bahasa Melayu pada 2019.

Ia diterbitkan pada 2015 dengan tajuk 'Sebalik Yamashita Dan Percival'. Kedua-dua versi buku itu diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Senarai pendek untuk Anugerah Sastera Dublin ini akan diumumkan pada 25 Mac 2021. Pemenang pula akan diumumkan oleh Datuk Bandar Dublin, Hazel Chu, pada 20 Mei ini, sebagai sebahagian daripada Festival Kesusasteraan Antarabangsa Dublin.

Dalam pada itu, Shaari, 87, memulakan kerjayanya sebagai guru dan mendapat pendidikan di Kolej Kirkby di Britain dan turut mempelajari sastera Inggeris.

Selepas sekian lama berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan, Shaari menyambung pengajian di peringkat sarjana dan Doktor Falsafah (PHD) serta menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Malaya. - Getaran 15 Februari, 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang