web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Perlu Bukti Masih Layak Kemudi Negara - Mahfuz

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2021 8:46PM

Mahfuz (dua dari kiri) membantu mengangkat warga emas, Zakaria untuk dibawa ke Klinik Kesihatan bagi mendapatkan vaksin COVID-19 di Pokok Sena, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

POKOK SENA - Tan Sri Muhyiddin perlu membuktikan beliau masih layak  mengemudi kerajaan selaku Perdana Menteri dengan mengemukakan usul undi percaya terhadap dirinya dalam sidang Dewan Rakyat Isnin depan.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, langkah itu perlu dilaksanakan sekiranya Muhyiddin masih 'berdegil' untuk tidak melepaskan jawatan seperti desakan banyak pihak.  

Katanya, secara teknikal beliau percaya bahawa Muhyiddin ketika ini sudah pun hilang keabsahan untuk terus mengemudi pentadbiran negara.

Senario tersebut jelas beliau, diburukkan oleh tindakan UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang turut meminta Ahli Parlimen Pagoh itu meletakkan jawatan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

"Muhyiddin perlu berani untuk membuktikan sokongan terhadapnya dengan mengemukakan usul undi percaya seperti dilakukan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika mula-mula mengambil jawatan Perdana Menteri dari Tun Dr. Mahathir Mohamad dulu.

"Selepas berlaku pertembungan yang 'melukakan' Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, saya tak fikir ada kewajaran untuk Muhyiddin kekal di situ. Jadi Muhyiddin perlu membuktikan betapa beliau memiliki keabsahan untuk terus menjadi Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membawa individu berusia 100 tahun, Zakaria Jab untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Pokok Sena di sini, hari ini.

Mengulas mengenai Sidang Parlimen yang bakal diadakan selepas ini, Mahfuz berkata tidak mustahil 'langkah Corona' yang diguna pakai untuk menangguhkan Sidang Parlimen pada Khamis lalu, dilaksanakan sekali lagi.

"Jika pada Khamis lalu mereka memberi alasan terdapat penularan dalam kalangan kakitangan Parlimen dan sebagainya untuk beberapa kali menangguhkan persidangan, tidak mustahil langkah sama akan diambil bagi membatalkan persidangan selepas ini.

"Saya berharap itu tidak berlaku kerana persidangan Dewan Rakyat merupakan medan terbaik bagi Muhyiddin membuktikan keabsahannya bagi menyandang jawatan Perdana Menteri," katanya. - Getaran 31 Julai 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi