web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amy Search Kehilangan Ibu Tercinta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Aug 2021 1:44PM

Ibunya Amy menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.45 malam tadi. - Gambar dari Instagram Amy Search

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Amy Search menempuh detik duka dalam hidup, apabila kehilangan ibu tercinta, Fatimah Idris akibat sakit tua malam tadi.

Berita sedih itu diumumkan Amy sendiri dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman memberitahu, ibunya menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.45 malam tadi.

“Doakan Ibu saya, Hajjah Fatimah Haji Idris telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi,” katanya menerusi hantaran berkenaan yang dimuat naik malam tadi.

Fatimah yang berusia 88 tahun meninggal dunia di kediaman anak saudaranya di sini.

Getaran difahamkan, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Kuning Kota Damansara untuk dimandikan, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara.

Berita duka itu turut dikongsi cucunya, aktres terkenal Nabila Huda atau Abil di Instagram pagi tadi.

Memuat naik gambar berlatar belakang warna hitam, Abil tidak meletak sebarang keterangan pada hantaran itu, sebaliknya menggunakan emoji sedih bagi mengungkapkan perasaannya. - Getaran, 2 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka