web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MP Pembangkang Berhimpun Di Parlimen Akan Dipanggil Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 6:04PM

Polis akan memanggil Ahli Parlimen pembangkang yang terlibat dalam perhimpunan di Dataran Merdeka pagi tadi. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil kesemua Ahli Parlimen pembangkang yang terlibat dalam perhimpunan di Dataran Merdeka pagi tadi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, polis setakat ini telah menerima dua laporan mengenai perhimpunan tersebut.

“Kami akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam Perhimpunan Solidariti Bersama Anwar Ibrahim di Parlimen pagi tadi dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Polis turut harap pihak yang terlibat boleh bekerjasama bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Azmi berkata, maklumat awal berhubung perhimpunan tersebut diterima daripada media hari ini.

“Semakan dengan Parlimen mendapati tiada sebarang persidangan berlangsung hari ini, justeru kita membuat sekatan dan lencongan dengan tidak membenarkan kumpulan itu memasuki Parlimen,” katanya.

Tambah beliau, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Katanya, lebih 500 petugas termasuk pegawai ditugaskan memantau perhimpunan tersebut. - Getaran, 2 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang