web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: 219 Kematian Hari Ini, Tertinggi Pernah Dicatatkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 8:33PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan kes kematian harian tertinggi sejak penularan COVID-19 di negara ini dengan 219 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 9,403 kes.

Beliau berkata kes kematian itu melibatkan 201 warganegara manakala 18 lagi warga asing, dengan 198 daripadanya meninggal dunia di hospital dan 21 orang lagi di rumah (BID).

Sebanyak 105 kes kematian berkenaan dilaporkan di Selangor, 41 kes di Kuala Lumpur, 24 di Johor, sembilan di Melaka, lapan di Pahang, tujuh di Negeri Sembilan, masing-masing enam kes di Kedah dan Perak, masing-masing empat kes Kelantan dan Terengganu, tiga di Sabah serta masing-masing satu di Labuan dan Perlis.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah 15,764 kes baharu hari ini, sebanyak 286 kes atau 1.8 peratus adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala selebihnya 15,478 kes atau 98.2 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.

Kategori lima ialah kes kritikal dan menggunakan bantuan pernafasan, kategori empat (memerlukan bantuan oksigen), kategori tiga melibatkan radang paru-paru serta kategori dua dan satu masing-masing bergejala ringan dan tiada gejala.

Beliau berkata dapatan itu berdasarkan keadaan klinikal pesakit semasa baharu didiagnosis COVID-19.

“Ada antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, 3,525 kes atau 22.4 peratus daripada jumlah kes dilaporkan hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19 sekurang-kurangnya telah menerima satu dos,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan jumlah pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) masih melebihi 1,000 kes apabila sebanyak 1,063 kes dilaporkan, dengan 532 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas pula adalah 11,767, menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya di negara ini ialah 937,732 kes manakala kes aktif kini 199,051 kes.

Mengenai 29 kluster baharu yang dikesan hari ini, Dr Noor Hisham memberitahu 13 daripadanya berkaitan tempat kerja, 11 kluster melibatkan penularan dalam komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu kluster institusi pendidikan dan keagamaan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-naught atau Rt) dalam negara menurun untuk tiga hari berturut-turut, dengan 1.08 dicatatkan semalam berbanding masing-masing 1.10 dan 1.12 pada 31 dan 30 Julai lepas.

Perlis adalah negeri paling tinggi mencatatkan nilai Rt iaitu 1.53, diikuti Terengganu (1.35) dan Kelantan (1.25).

Negeri lain turut merekodkan nilai Rt melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan (0.93) dan Labuan (0.63). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut