web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SSR Tetap Perjuang Keluar Dan #Lawan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2021 12:55PM

SSR menyifatkan tindakannya menganjurkan perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ yang diadakan pada Sabtu lalu sebagai hak asasi yang dijamin Perlembagaan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) kekal dengan pendirian untuk memperjuangkan tindakan mengadakan perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ Sabtu lalu sebagai hak asasi yang  dijamin Perlembagaan, walaupun beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), menggesa polis mengambil tindakan terhadap mereka dan peserta gerakan.

Menurut SSR, pendirian itu berlandaskan kepada penganjuran yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP), termasuk menjaga penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dan mengamalkan semua langkah pencegahan.

“Kami ingin tegaskan bahawa protes ‘Keluar dan #Lawan’ bukanlah dibuat untuk bersuka-ria sebagaimana kenduri makan durian Timbalan Speaker Dewan Rakyat atau mesyuarat politikus di rumah Perdana Menteri yang jelas dalam kawasan tertutup.

“Perhimpunan ini membawa suara anak muda untuk menyatakan tiga tuntutan utama mereka iaitu peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pembukaan Parlimen sepenuhnya dan morotarium automatik tanpa had,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Perhimpunan berkenaan jelas SSR lagi, turut disahkan SUHAKAM sebagai mematuhi segala peraturan ditetapkan.

Semalam, lima NGO dalam satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta perhimpunan di Dataran Merdeka, 31 Julai lalu.

Kumpulan berkenaan terdiri daripada Persatuan Anak Melayu Johor, Gabungan NGO 1 Malaysia, Pertubuhan Sosial dan Minda Prihatin, Dewan Perundingan NGO serta Pertubuhan Salam Budi.

SSR berkata, anak muda tidak akan berdiam diri selagi tuntutan diperjuangkan tidak dipenuhi dan akan terus menganjurkan ‘Keluar dan #Lawan’ pada skala lebih besar.

Katanya, SSR sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan, namun siasatan berkenaan jelas mereka, hanya merugikan sumber dan tenaga polis.

“Sepatutnya sumber ini disalurkan ke tempat lain yang lebih utama dan Menteri tak sepatutnya menggunakan pihak polis untuk kepentingan politik beliau,” katanya.

Semalam, 11 aktivis anak muda yang menyertai himpunan ‘Keluar dan #Lawan’ dipanggil IPD Dang Wangi untuk disiasat di bawah Seksyen 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit serta Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

Tindakan berkenaan dikecam keras SSR kerana kumpulan berkenaan hanya menyuarakan kritikan dan tuntutan kepada kerajaan. – Getaran, 3 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

BERSATU Tekad Terus Bertapak Di Sabah

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Kutipan Melebihi Sasaran, Tabung Derma SSR Ditutup

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Lebih ramai peserta perhimpunan #LAWAN akan dipanggil

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Protes #LAWAN, 5 Ahli SSR Disoal Siasat Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 21 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad