web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Protes #LAWAN, 5 Ahli SSR Disoal Siasat Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 8:51AM

Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar (depan kiri) dan Mohammad Al Shatri Abdullah antara dipanggil polis untuk beri keterangan berkenaan himpunan #LAWAN. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas kejayaan menganjurkan perhimpunan #LAWAN di ibu negara semalam, lima ahli Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) bakal berdepan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Kelima-lima mereka, Mohamad Al Shatri Abdullah, Mohammad Asraf Sharafi Mohammad Azhar, Tharmelinggem Pillai, Qyira Yusri dan Sevan Doraisamy dipanggil untuk soal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 10 pagi esok.

Tharmelinggem dalam satu ciapan di Twitter berkata, ini adalah kali ketiga beliau dipanggil untuk disoal siasat di IPD berkenaan.

“Akan dipanggil untuk soal siasat di IPD Dang Wangi lagi pada jam 10 pagi kerana protes #LAWAN.

“Kali ketiga dalam tempoh seminggu, dan polis masih gagal mengeja nama saya dengan betul,” katanya.

Getaran difahamkan, kesemua lima anggota SSR itu sepatutnya hadir untuk sesi soal siasat hari ini, namun diubah kepada esok tidak lama selepas notis pemberitahuan tersebut disampaikan kepada mereka.

Protes lebih sejam di sekitar Stesen Masjid Jamek itu berjaya menghimpunkan sekitar 2,000 peserta yang berkumpul dengan aman dan mematuhi dua prosedur operasi standard (SOP) utama, iaitu mengenakan pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.

Walaupun mengamalkan dua SOP berkenaan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainao Abdullah berkata, penganjur perhimpunan akan dipanggil kerana melanggar peraturan ditetapkan, mengikut Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Dalam perkembangan lain, protes berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi berbeza netizen, termasuk yang menentang acara seumpama itu kerana disifatkan menggalakkan penularan COVID-19.

Ia dibimbangi mencetuskan kluster baharu, apatah lagi dalam keadaan kadar jangkitan virus yang semakin membimbangkan. - Getaran, 1 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

2

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Mahasiswa Terkesan Polisi Hutang Perlu Hubungi Jabatan Bendahari - UM

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Protes Di Peru Ragut 53 Nyawa

4

Politik 1 tahun yang lalu

Tindakan 3 Pemimpin UMNO Tanding Atas Tiket Lawan Tidak Jejaskan UMNO, BN - Ahmad Maslan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki