web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Taman Tema Masih 'Cakap-Cakap', Belum Tentu Buat - Mohd Sharkar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 4:44PM

Mohd Sharkar Shamsuddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan pembinaan taman tema yang dikatakan bakal dilaksanakan di Cameron Highland masih merupakan sebuah ‘cakap-cakap’ tanpa sebarang kepastian.

Menegaskan perkara itu, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang kertas cadangan daripada mana-mana pihak berhubung projek tersebut.

Menurut beliau, Cameron Highland adalah antara kawasan tanah tinggi negara yang terkenal dengan keunikan serta kekayaan alam semula jadi, justeru sebarang cadangan pembangunan atau projek tidak boleh dilaksanakan secara semberono.

“Saya kira semua orang tahu, Cameron Highland adalah antara destinasi tanah tinggi tumpuan pelancong serata negara, dan sebarang bentuk pembangunan yang mahu dilaksanakan perlu mengambil kira pelbagai aspek, bukan berorientasikan keuntungan semata-mata.

“Bukan semudah itu untuk kita luluskan sebarang pembangunan di sana tanpa meneliti buruk baik dari setiap sudut. Apa sahaja (projek) mahu dilakukan, perlu mengambil kira alam sekitar yang perlu dijaga sebaiknya,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Isu pembinaan sebuah taman tema di Cameron Highland menjadi panas, apabila sebuah syarikat dengan 20 tahun pengalaman dikatakan bakal membangunkan sebuah premis hiburan seumpama itu di kawasan perangingan terbabit.

Dikatakan bakal muncul sebagai taman tema terbesar, ia melibatkan pelaburan melebihi RM100 juta dalam tempoh 10 tahun.

Mohd Sharkar yang dilihat tidak ‘menggemari’ perkembangan tersebut berkata, Malaysia sudah memiliki beberapa taman tema termasuk di Genting Highland, justeru tidak wajar destinasi berasaskan alam semulajadi seperti Cameron Highland turut ‘dirobek’ semata-mata untuk pembangunan premis seumpama itu.

“Mengapa di Cameron Highland kita kawal setiap pembangunan, ia adalah untuk memastikan keindahan dan tarikan semulajadi yang ada di sana kekal terpelihara.

“Sebarang bentuk pembangunan, walau sekecil mana pun perlu melihat semua perincian utama tanah tinggi itu, khususnya jaringan pengangkutan,” tegasnya.

Mengulas lanjut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang itu berkata, Cameron Highland tidak dilengkapi dengan sistem jalan raya yang besar hingga mampu memuatkan ribuan kenderaan pada satu-satu masa.

“Anda boleh lihat sendiri setiap kali musim cuti persekolahan sebelum Malaysia dilanda pandemik COVID-19. Jalan raya sekitar Cameron Highland sesak teruk (dengan pelancong).

“Itu belum ada taman tema, bayangkan jika ada? Kerajaan negeri tidak mahu ada unsur luar yang boleh melenyapkan status Cameron Highland sebagai sebuah kawasan dengan pembangunan terkawal (controlled development),” tegasnya.

Getaran diberitahu, Perbadanan Kemajuan Cameron Highland yang mengawal selia setiap inci perkara berkaitan tanah tinggi itu sedang dalam proses menambah baik jaringan pengangkutan dan sistem jalan raya, demi keselesaan serta keselamatan pengunjung.

Projek berkenaan jelas Mohd Sharkar lagi, perlu dilakukan secara berperingkat, mengambil kira keadaan semasa dan situasi setempat, agar ia tidak mendatangkan sebarang implikasi negatif ke atas destinasi kegemaran ramai itu.

“Apa yang saya difahamkan, proposal tersebut dibentangkan kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, bukan kepada kita.

“Saya ingin jelaskan, perkara itu (pembinaan taman tema) akan diteliti dengan terperinci jika kertas cadangan sampai ke pihak kami,” tegasnya.

Beliau memberi jaminan, pandangan semua pihak khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit dalam usaha memulihara alam sekitar akan diambil kira, sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan.

“Saya amat mengalu-alukan pandangan, buah fikiran semua pihak. Siapa sahaja, persatuan, NGO atau individu perseorangan dengan matlamat ingin memulihara Cameron Highland, tolong berikan pendapat anda.

“Cameron Highland ini milik kita bersama dan ia perlu dilindungi sebaiknya,” katanya. – Getaran, 7 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka