web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gurau Tak Kena Tempat, MB Kedah Minta Maaf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 3:03PM

Muhammad Sanusi (tengah) beramah mesra dengan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah, Datuk Dr. Ismail Salleh (kanan) yang turut menjadi sukarelawan di PPV Outreach UUM, Sintok, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINTOK - Selepas teruk dikecam, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor hari ini akhirnya memohon maaf kepada semua pihak yang terguris dengan jenaka dilakukannya berhubung kontena penyimpanan mayat di semua hospital dalam negeri ini semalam. 

Menurut Muhammad Sanusi, gurauannya itu telah ditularkan di luar konteks hingga menyebabkan banyak pihak salah faham terhadap apa yang berlaku. 

Katanya, beliau hanya bergurau dengan golongan wartawan di negeri ini yang telah dianggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga dalam kerjayanya. 

"Saya tidak bergurau dengan semua orang sebaliknya hanya dengan adik-adik wartawan yang dianggap sebahagian daripada keluarga saya. Mereka (wartawan) tahu karakter saya tetapi apabila dah masuk dalam kamera, nasib sayalah.

"Saya ini suka bergurau tetapi gurauan semalam agak kasar. Oleh kerana ada pihak tersinggung dan terasa hati dengan gurauan itu, maka saya memohon maaf," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach Institut Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, hari ini. 

Dalam sidang akhbar ketika melawat PPV Mega di Amanjaya Sports Arena, Sungai Petani semalam, Sanusi membuat jenaka dengan mendakwa jumlah kontena mayat di Kedah mencukupi dan meminta sesiapa yang hendak masuk ke dalamnya, memberikan nama. 

Jenaka Muhammad Sanusi itu nyata tidak disenangi banyak pihak yang menganggapnya sebagai tidak sesuai sehingga ada yang menuntut beliau meletakkan jawatan.

Muhammad Sanusi berkata, berikutan hal itu, beliau banyak menerima mesej yang mencela dirinya. 

"Saya nak bergurau dengan adik-adik (wartawan) saja tetapi disalah anggap bergurau dengan semua orang. Mereka kata melawak tak kena tempat, 'kelolo', tak ketahuan hala dan sebagainya.

"Hasil kerja kita selama ini hilang begitu saja kerana kes melawak itu. Cumanya saya nak ambil kesempatan ajak semua pihak termasuk adik-adik saya ini supaya sentiasa mengingati mati. Mengingati mati itu ibadah dan mendapat pahala," katanya. 

Muhammad Sanusi dalam pada itu turut menafikan beliau telah membeli sebuah kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger Raptor berwarna biru yang ditularkan di media sosial baru-baru ini. 

"Itu bukan kereta saya malah dakwaan kononnya kenderaan itu diletakkan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Jeneri juga tidak benar. 

"Kenderaan itu sebenarnya milik seorang kenalan yang menawarkan kepada saya untuk menyewanya. Saya tak buat keputusan pun lagi sama ada mahu sewa atau tidak kerana segalanya masih dalam pertimbangan," katanya. - Getaran, 7 Ogos 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang