web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Didakwa Cuba Tipu, Kelirukan Agong, Pemuda UMNO Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 6:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa cuba untuk mengelirukan dan menipu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor sebagai wakil pergerakan berkata, ia susulan kepada sidang media diadakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mengisytiharkan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, kenyataan bahawa PN menerima sokongan 31 berbanding 42 Ahli Parlimen BN secara tidak langsung membenarkan teori bahawa Muhyiddin sememangnya sudah kehilangan sokongan majoriti.

"Kenyataan ini disokong dengan surat akuan yang diperoleh oleh pihak UMNO dan telah dihantar untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya, yang turut menerima sokongan Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera.

Noor Hariri berkata, jumlah kerusi yang menyokong PN setakat 3 Ogos lalu ialah 111, berbanding 103 kerusi di blok pembangkang dan 6 dari wakil Bebas.

Dua lagi kerusi disahkan masih kosong iaitu Parlimen Gerik dan Batu Sapi, menjadikan jumlah keseluruhan kerusi Dewan Rakyat kepada 220.

"Setakat ini sekurang-kurangnya 11 orang ahli Parlimen hadir di sidang media Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos 2021 yang menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

" Kalau ditambah dengan peletakan jawatan oleh dua menteri Kabinet iaitu Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, maka kerajaan kini hanya memiliki 98 kerusi," katanya.

Kenyataan ini jelas Noor Hariri, menafikan dakwaan Perdana Menteri bahawa beliau masih menerima sokongan majoriti Dewan Rakyat, bahkan telah kehilangan legitimasi untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong.

“Atas faktor ini, (Tan Sri) Muhyiddin perlu meletakkan jawatan pada kadar segera. Kenyataan yang dipersembahkan kepada baginda bahawa beliau masih memiliki sokongan majoriti adalah cubaan untuk mengelirukan serta menipu Seri Paduka Baginda,” tegasnya.

Noor Hariri berkata, pihak polis perlu melakukan siasatan segera di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun,” katanya. – Getaran, 7 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang