web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Darah Kedah Kritikal, Orang Ramai Dirayu Derma

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 3:45PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Bekalan darah di negeri ini kini berada di paras kritikal berikutan penurunan kutipan darah sejak pelaksanaan sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 1 Jun lepas.

Ketua Perkhidmatan Transfusi Kedah, Dr Siti Nadiah Abdul Kadir berkata, penggunaan darah masih kekal tinggi meskipun pembedahan elektif telah ditangguh buat sementara waktu.

Justeru, orang ramai diseru untuk tampil menderma darah susulan keadaan yang amat membimbangkan.

“Stok bekalan darah di Kedah amat membimbangkan disebabkan kekurangan penderma. Terdapat penurunan sebanyak 30 hingga 40 peratus kutipan darah sejak ‘Total Lockdown’ dan PPN dilaksanakan pada 1 Jun lepas.

“Keadaan itu mungkin disebabkan sekatan pergerakan dan kebimbangan orang ramai mengenai pertambahan jumlah kes harian COVID-19 di Kedah, kebelakangan ini,” katanya.

Tambahnya, penggunaan darah yang tinggi itu disebabkan oleh kes selain pembedahan elektif, antaranya kemalangan jalan raya, ibu tumpah darah semasa bersalin serta pesakit yang menjalani pembedahan kecemasan dan separa kecemasan.

“Terdapat juga pesakit yang memerlukan darah secara berterusan seperti pesakit talasemia dan anemia kronik termasuk individu yang mengalami kanser darah,” katanya.

Menurutnya, orang ramai tidak perlu bimbang untuk menderma darah kerana Unit Pendermaan Darah di setiap hospital dalam negeri ini sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan penyebaran COVID-19 termasuk mengawal jumlah penderma yang hadir ke unit tersebut, selain melakukan sanitasi berkala terhadap kerusi dan katil digunakan penderma.

“Orang ramai juga tidak perlu risau untuk keluar menderma kerana pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kebenaran kepada mereka untuk bergerak ke lokasi pendermaan di daerah sama.

“Individu yang selesai mengambil vaksinasi COVID-19 juga boleh menderma darah selepas tujuh hari jika tiada sebarang gejala,” katanya.

Katanya, orang ramai yang berminat untuk menderma darah diminta hadir ke Unit Pendermaan Darah, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) atau hospital-hospital lain di negeri ini.

“Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Pegawai Penerangan Jabatan Perubatan Transfusi HSB di talian 04-7746051 (waktu bekerja) atau layari Facebook Page Derma Darah Kedah Perlis,” katanya. - Getaran, 8 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi