web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


FIFA Umum Kalendar Baharu Pertandingan Antarabangsa

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 2:18PM

Majlis FIFA sebulat suara meluluskan perubahan format untuk Piala Dunia FIFA 2026 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GENEVA - Majlis FIFA pada Selasa meluluskan kalendar perlawanan antarabangsa baharu termasuk tarikh perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026.

Menurut kalendar perlawanan antarabangsa lelaki 2025-2030, empat perlawanan akan berlangsung selama 16 hari pada akhir September/awal Oktober 2026 serta dua perlawanan setiap satu selama sembilan hari pada Mac, Jun dan November.

Perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 akan berlangsung pada 19 Julai 2026, lapor agensi berita Xinhua.

Majlis FIFA yang bermesyuarat sebelum Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda, menerima pakai beberapa keputusan penting, khususnya berkaitan masa depan pertandingan lelaki dan wanita.

Majlis itu sebulat suara meluluskan perubahan format untuk Piala Dunia FIFA 2026 iaitu daripada 16 kumpulan dengan tiga pasukan setiap satu kepada 12 kumpulan empat pasukan, dengan dua pasukan teratas dan lapan pasukan terbaik tempat ketiga mara ke pusingan 32.

Kalendar perlawanan antarabangsa wanita 2024-2025 pula membabitkan enam perlawanan antarabangsa setiap tahun. Kejohanan bola sepak wanita Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung dari 25 Julai hingga 10 Ogos.

Majlis FIFA juga meluluskan penubuhan pasukan petugas khusus mengenai kebajikan pemain dan keputusan lain. - Bernama-Xinhua

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Mampu Tembus Kelompok 120 Terbaik Dunia Hujung Tahun Ini - Hamidin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

JAKIM Nafi Keluarkan Kalendar Tular Papar Tarikh Aidilfitri 2023

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Hamidin Dipilih Ahli Majlis FIFA, ‘Selamat Bertugas’

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Messi Calon Pilihan, FIFA Umum Calon Anugerah Terbaik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global