web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anwar Ucap Tahniah Hamidin Dipilih Ahli Majlis FIFA, ‘Selamat Bertugas’

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 9:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili bagi penggal 2023-2027.

Perdana Menteri turut mendoakan pelantikan beliau itu membawa pembaharuan kepada bola sepak negara.

“Selamat bertugas dan semoga pelantikan ini membawa suatu nafas baharu kepada bola sepak negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, Hamidin dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA bagi penggal 2023-2027 pada Kongres AFC ke-33 di Pusat Konvensyen Gulf di Manama, Bahrain hari ini.

Hamidin yang sebelum ini adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif AFC, menerima 30 undian.

Beliau adalah antara tujuh calon yang bertanding bagi mengisi lima kerusi wakil lelaki Asia.

Sementara itu, calon lain yang terpilih adalah Sheikh Hamad Khalifa A A Al Thani dari Qatar dengan 40 undi, Kohzo Tashima dari Jepun (39), Mariano Areneta Jr dari Filipina (34) dan wakil Arab Saudi Yasser H Almisehal (35).

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkhidmat sebagai Ahli Majlis FIFA dari 2015 hingga 2019.

Manakala, Tan Sri Hamzah Abu Samah menyandang jawatan Naib Presiden FIFA selama lapan tahun, iaitu daripada 1982 hingga 1990. - Getaran, 1 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad