web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KBS Beri Keutamaan Kebajikan Atlet Di Kemboja

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 7:26AM

Hannah Yeoh, berkata pihak sekretariat kontinjen Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah diarahkan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu-isu yang timbul di Kemboja sekali gus memastikan prestasi atlet tidak terjejas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan kebajikan atlet yang menggalas cabaran negara di Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh dari 5 hingga 17 Mei ini akan diutamakan dan dijaga sebaik mungkin.

Menteri berkenaan, Hannah Yeoh, berkata pihak sekretariat kontinjen Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) telah diarahkan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu-isu yang timbul di Kemboja sekali gus memastikan prestasi atlet tidak terjejas.

"Antara yang dibangkitkan ialah isu penempatan atlet ekoran Perkampungan Sukan yang belum siap sepenuhnya.

"Ia mengakibatkan ada sebahagian atlet negara terpaksa dipindahkan ke hotel-hotel di Phnom Penh yang mungkin menimbulkan isu-isu lain seperti pembekalan makanan halal untuk atlet beragama Islam," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Negara ke Sukan SEA Kemboja di MSN, di sini, semalam.

Menurutnya berdasarkan maklumat awal pegawai sekretariat kontinjen Malaysia yang berada di Kemboja, mereka turut berkongsi kebimbangan lain melibatkan keadaan lalu lintas yang sesak daripada tempat penginapan atlet menuju ke venue pertandingan.

"Keadaan cuaca ketika ini di Kemboja juga agak panas selain keadaan berhabuk," katanya.

Justeru, Hannah berkata pihak Institut Sukan Negara (ISN) telah memberikan peringatan kepada atlet negara selain panduan dan nasihat untuk diikuti sepanjang berada di Kemboja.

Kontinjen Malaysia kali ini disertai 928 orang, terdiri daripada 677 atlet dan 251 pegawai. Daripada jumlah 677 atlet, 402 adalah lelaki manakala 275 orang adalah wanita.

Malaysia menyasarkan 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada temasya dwitahunan kali ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 bulan yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Berdiam Diri Kerana Tak Mahu Ganggu Siasatan, Hannah Yeoh Sambut Baik Siasatan SPRM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

4

Sukan 5 bulan yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang