web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perjuangan Zii Jia Di Kejohanan Dunia 2023 Sudah Berakhir

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2023 9:23AM

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perjuangan pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul kejuaraan sulung Kejohanan Dunia berakhir pada pusingan ketiga selepas disingkirkan oleh pemain tuan rumah, Anders Antonsen dalam edisi 2023 di Copenhagen, pada Khamis.

Zii Jia selaku pemain bukan pilihan, tewas dalam perlawanan straight set kepada pilihan ke-12 Denmark, 18-21, 17-21, dalam masa 53 minit, sekali gus gagal ke peringkat suku akhir kejohanan yang berlangsung di Royal Arena.

Antonsen bakal bertemu pemain Jepun Kenta Nishimoto yang menewaskan rakan senegaranya, Kanta Tsuneyama, 21-19, 21-17, dalam satu lagi perlawanan pusingan ketiga.

Harapan Malaysia kini disandarkan kepada tiga pasangan beregu negara iaitu penyandang juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik diikuti beregu wanita utama Pearly Tan-M. Thinaah serta beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kerana masing-masing berjaya mara ke peringkat suku akhir untuk bertemu lawan masing-masing dalam perlawanan yang akan berlangsung hari ini.

Dalam pusingan lapan terakhir, Aaron-Wooi Yik akan bertemu Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China manakala Pearly-Thinaah akan menentang seorang lagi gandingan China, Zheng Su Xian-Zheng Yu.

Tang Jie-Ee Wei pula akan menentang Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Zii Jia Layak Ke Separuh Akhir

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Olimpik Paris 2024: Kem Badminton Berdepan Tembok Besar China, Vikings

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka