web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Awasi Keselamatan Anak Pada Musim Perayaan

Ketahui cara membezakan jatuh biasa dengan jatuh sehingga patah tulang serta prosedur merawatnya.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 9:27AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam kesibukan dan kemeriahan menjelang musim perayaan, keselamatan anak-anak juga perlu diberi keutamaan. 

Memandangkan kanak-kanak mudah berasa teruja ketika bermain, kemungkinan untuk mereka terjatuh adalah sangat tinggi.

Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini. 

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, ‘terjatuh’ merupakan antara kecederaan yang paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia antara 1 hingga 4 tahun.

Ini kerana mereka berada di dalam fasa umur di mana mereka bersifat ingin tahu mengenai pelbagai perkara dan pada masa yang sama sedang mengalami pertumbuhan tulang.

Pakar Bedah Ortopedik dan Trauma Kanak-Kanak, Dr. Maria Wong berkata kes terjatuh dan patah tulang dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan peningkatan yang ketara.

Antara faktornya ialah lebih banyak aktiviti kunjung-mengunjungi pada masa perayaan.

Dr. Maria turut menjelaskan kes patah tulang yang biasa dialami golongan kanak-kanak adalah patah tulang di bahagian siku, lengan serta pergelangan tangan.

Dr Maria Wong, Pakar Bedar Ortopedik & Trauma Kanak-Kanak
Dr Maria Wong, Pakar Bedar Ortopedik & Trauma Kanak-Kanak

“Perbezaan jenis patah tulang boleh dilihat berdasarkan kumpulan umur kanak-kanak,” ujarnya.

Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, kes-kes ‘tidak patah tulang sepenuhnya’ seperti tulang berubah bentuk, tulang terhimpit, retak dan bengkok boleh berlaku.

“Dalam sesetengah keadaan, kanak-kanak 4 tahun juga boleh mengalami kondisi growth plate injury yang sering dipandang remeh sebagai lebam yang tidak berbahaya,” kongsi Dr Maria.

Kunci utama dalam mengesan jatuh biasa tanpa kecederaan tulang atau sebaliknya adalah dengan melihat reaksi mereka terhadap anggota badan yang terjejas akibat jatuh itu tadi.

Dr. Maria turut menambah kanak-kanak mungkin tidak mampu memberitahu simptom yang sedang dialami oleh mereka atau menunjukkan bahagian badan yang sakit itu kepada ibu bapa.

Oleh itu, ibu bapalah yang perlu lebih peka dalam memahami riak wajah serta reaksi anak mereka semasa atau selepas berlakunya insiden jatuh tersebut. 

“Selepas 48 jam dari masa jatuh, rasa sakit dan bengkak yang berlarutan pada bahagian anggota badan yang terjejas boleh dijadikan petanda awal tulang yang patah.

“Kanak-kanak yang cedera akan mengelak daripada menggunakan bahagian anggota badan yang cedera atau mereka akan menangis apabila menyentuh atau menggerakkannya,” jelas Dr. Maria.

Bila ibu bapa harus membawa anak ke hospital?

Membawa anak kecil yang cedera ke hospital mungkin perkara yang digeruni oleh ramai ibu bapa. Namun, ia merupakan perkara yang sewajarnya dilakukan sebelum kecederaan itu melarat.

Pengarah Perubatan dan Pakar Perubatan Kecemasan, Dr. Wee Tong Ming menerangkan ibu bapa perlu mendapatkan rawatan untuk anak-anak mereka dalam kadar segera.

Sekiranya anak mereka mengalami kesakitan yang berlarutan ataupun mengalami sebarang perubahan bentuk pada anggota badan selepas jatuh, maka wajar membawa mereka ke hospital.

“Ibu bapa perlu membawa anak berjumpa doktor sekiranya mereka tidak mahu menggerakkan anggota badan yang terjejas atau jika berlaku bengkak yang tidak surut selepas 48 jam.

“Rawatan awal amat penting. Apabila tulang patah dan tulang menjadi tidak selari, splint (alat sokongan anggota patah) akan diperlukan untuk mengawal pergerakan.

“Ia dipasangkan supaya pergerakan menjadi terhad bagi mengelakkan kecederaan lain pada bahagian struktur saraf dan salur darah. 

“Oleh itu, amat penting untuk mendapatkan rawatan awal kerana tulang yang patah sukar dikesan tanpa bantuan x-ray.

Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan
Dr Wee Tong Ming, Pengarah Perubatan

“Kecederaan seperti growth plate structure, diagnosis dan rawatan yang lewat boleh menyebabkan masalah tumbesaran pada bahagian tulang yang terkesan,” tambah Dr Wee. 

Dalam kebanyakan kes patah tulang, proses untuk sembuh mengambil masa sehinga 6 ke 12 minggu serta bergantung pada tahap kecederaan itu sendiri.

Dr. Wee turut menyarankan ibu bapa untuk sentiasa memastikan anak mereka mengikuti plan rawatan yang disarankan oleh doktor seperti casting (balutan simen) atau pembedahan.

Sokongan emosi juga amat penting dalam situasi ini agar anak-anak lebih faham tentang perkara yang dialaminya itu merupakan sebahagian daripada proses penyembuhan.

Selain sokongan ibu bapa, Dr. Maria pula menyarankan agar anak-anak meluangkan masa di luar rumah dengan pantauan ibu bapa. 

“Sinaran matahari yang mencukupi dapat membantu dalam penyerapan Vitamin D yang penting untuk pertumbuhan tulang yang sihat.

“Dalam masa sama, diet yang seimbang juga penting bagi perkembangan tulang-temulang kanak-kanak,” akhiri Dr Maria. – Getaran, 1 Mei 2022

Gambar: Sunway Medical Velocity

Isu Pada

Syawal Terindah Nur Fazura

30 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara