web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Grand Bazaar Istanbul Wajib Dikunjungi Apabila Ke Istanbul

Bilangan pelawat ke Grand Bazaar meningkat hampir 56 peratus daripada 25.5 juta pada 2021, kepada kira-kira 40 juta pada 2022.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 8:23PM

Pusat beli-belah dan perdagangan bersejarah Istanbul, Grand Bazaar telah dikunjungi oleh 39,766,801 orang pada tahun 2022 selepas pemulihannya - Türkiye Tourism Promotion and Development Agency (TGA)

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktiviti membeli-belah di kalangan pelancong Malaysia memang tidak boleh dipisahkan.  Ke mana sahaja rakyat Malaysia melancong atau mengembara, pasti aktiviti membeli-belah ini akan terselit di dalam itinerari mereka. 

Jika ke Istanbul, satu lokasi membeli-belah yang mesti dilawati ialah Grand Bazaar.  Untuk rekod, pusat beli-belah dan perdagangan bersejarah Istanbul, Grand Bazaar telah dikunjungi oleh 39,766,801 orang pada tahun 2022 selepas pemulihannya. 

Struktur megah dengan menempatkan beribu-ribu kedai yang menjual pelbagai jenis produk daripada tekstil hingga barangan antik ini telah menjadi destinasi membeli-belah selama berabad-abad lamanya. 

Struktur megah dengan menempatkan beribu-ribu kedai yang menjual pelbagai jenis produk daripada tekstil hingga barangan antik ini telah menjadi destinasi membeli-belah selama berabad-abad lamanya
Struktur megah dengan menempatkan beribu-ribu kedai yang menjual pelbagai jenis produk daripada tekstil hingga barangan antik ini telah menjadi destinasi membeli-belah selama berabad-abad lamanya

Pusat beli-belah berbumbung yang menyerupai sebuah bandar kecil kecil ini mula mengalu-alukan kehadiran pengunjung selepas melalui proses pemulihan pada tahun lalu. 

Bilangan pelawat ke Grand Bazaar meningkat hampir 56 peratus daripada 25.5 juta pada 2021, kepada kira-kira 40 juta pada 2022. Dengan angka ini, purata pengunjung yang melawat Grand Bazar pada tahun lalu ialah 100,000 orang setiap hari. Satu angka yang cukup mengagumkan!

 

Sejarah İstanbul dan laluan membeli-belah

Terletak di antara Nuruosmaniye, Mercan dan Beyazıt di İstanbul, sejarah Grand Bazaar bermula pada pertengahan abad ke-15.

Dalam skop sistem asas zaman Uthmaniyyah yang merangkumi hampir semua kehidupan sosio-ekonomi dan budaya, bangunan seperti bazaar dibina berhampiran tempat keagamaan dan tempat kebajikan bagi memudahkan penyelenggaraan dan kerja-kerja pembaikan.

Pusat beli-belah berbumbung yang menyerupai sebuah bandar kecil kecil ini mula mengalu-alukan kehadiran pengunjung selepas melalui proses pemulihan pada tahun lalu
Pusat beli-belah berbumbung yang menyerupai sebuah bandar kecil kecil ini mula mengalu-alukan kehadiran pengunjung selepas melalui proses pemulihan pada tahun lalu

Tujuan pembinaan Grand Bazaar yang diilhamkan oleh Fatih Sultan Mehmet pada  1461 ini adalah untuk menjana pendapatan kepada Hagia Sophia pada ketika itu, sehingga ia menjadi pusat perdagangan paling penting di rantau ini.

Dari masa ke masa, ia mula berfungsi sebagai pusat kewangan penting di mana permata dan logam berharga dari seluruh dunia didagangkan.

Pusat beli-belah tumpuan ramai ini bukan sahaja dilabelkan sebagai pusat beli-belah tertua, tetapi ia juga merupakan pusat membeli-belah terbesar di dunia.

Grand Bazaar telah menjalani beberapa pengubahsuaian oleh arkitek terkenal, termasuk Sarkis Balyan, selepas berlakunya beberapa siri kebakaran dan gempa bumi.

Penting dari segi sejarah dan budaya, Grand Bazaar (Kapalıçarşı dalam bahasa Turki) mempunyai tempat yang menonjol dalam kesusasteraan, travelog dan seni, dan terus menarik perhatian sebagai salah satu bazar bersejarah yang paling banyak dikunjungi di dunia.

Setelah tubuh lelah meneroka, bolehlah melabuhkan punggung seketika di kafe atau restoran untuk menghilangkan dahaga serta menikmati hidangan yang menyelerakan
Setelah tubuh lelah meneroka, bolehlah melabuhkan punggung seketika di kafe atau restoran untuk menghilangkan dahaga serta menikmati hidangan yang menyelerakan

 

Jangan lupa tawar-menawar apabila berbelanja di sini

Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki di sini, percayalah kunjungan kali pertama anda nanti pasti menjadi sesuatu yang tidak boleh dilupakan. 

Menempatkan kira-kira 2,500 buah kedai, di sini anda boleh menemui pelbagai produk yang semestinya mengumpan perasaan ingin membeli.

Sama ada untuk diri sendiri atau dijadikan buah tangan untuk keluarga dan teman-teman, di sinilah tempatnya untuk anda mendapatkan permaidani, beg tangan, tudung, skaf, barangan kemas emas dan perak, dan juga barangan antik hinggalah jubin.  Pendek kata, rambang mata dibuatnya!

Ambil masa untuk mengintai sendiri bagaimana ‘artis-artis’ ini menghasilkan sesuatu yang cukup indah dan berbaloi untuk dijadikan koleksi pengembaraan
Ambil masa untuk mengintai sendiri bagaimana ‘artis-artis’ ini menghasilkan sesuatu yang cukup indah dan berbaloi untuk dijadikan koleksi pengembaraan

Di bahagian yang dipanggil han (inn), anda boleh menemui ribuan barangan kraf yang dihasilkan oleh mereka yang pakar dalam seni kraf. 

Ambil masa untuk mengintai sendiri bagaimana ‘artis-artis’ ini menghasilkan sesuatu yang cukup indah dan berbaloi untuk dijadikan koleksi pengembaraan. Jangan lupa tawar-menawar bagi mendapatkan tawaran terbaik. Kemahiran yang satu ini sudah pasti menguntungkan! 

Selain memberi peluang untuk berbelanja sepuas-puasnya, lawatan ke Grand Bazaar juga menawarkan peluang untuk mendekati sejarah dan budaya İstanbul. Perhatikan bagaimana mereka menggerakkan sektor ekonomi negara dan cuba fahami. 

Setelah tubuh lelah meneroka, bolehlah melabuhkan punggung seketika di kafe atau restoran untuk menghilangkan dahaga serta menikmati hidangan yang menyelerakan. 

Grand Bazaar dibuka dari jam 8.30 pagi sehingga jam 7.30 malam pada musim panas. Sementara pada musim sejuk ia dibuka dari jam 8.30 pagi sehingga 7.00 malam. - Getaran, 22 Januari 2023

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

21 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

PM Tiba Di Turkiye, Bakal Bertemu Erdogan Hari Ini

2

TARA 11 bulan yang lalu

Tapak Arkeologi Gordion Sertai Senarai Warisan Dunia UNESCO

3

TARA 1 tahun yang lalu

Selepas 2 Tahun Ditutup, Menara Maiden, Istanbul Kini Mengalu-Alukan Kedatangan Pengunjung

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kemenangan Erdogan Buka Ruang Untuk Hubungan Bilateral Lebih Akrab Dengan Malaysia - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara