Waktu-waktu tertentu dalam sehari adalah waktu ‘keramat’ bagi jurugambar telefon pintar. Waktu matahari terbenam, misalnya. Ramai antara kita suka mengabadikan saat-saat yang diterangi oleh warna-warna kuning lembut itu, baik semasa matahari terbit, mahupun terbenam.
Sementara, sesi fotografi pada waktu malam juga boleh menjadi luar biasa, sesi memotret semasa keberadaan cahaya yang rendah amat mencabar bagi rata-rata jurugambar profesional, lagi-lagi jurugambar pemula atau amatur seperti kebanyakan kita.
Namun bagi pengguna Samsung Galaxy A dan S, anda boleh bermain dengan sesi fotografi malam ini secara bebas. Ini kerana ia dilengkapi dengan mod Pro dan mod Malam yang menakjubkan.
Dari pemandangan bandar di waktu malam, hingga pemandangan bulan dan bintang yang terbentang luas, Samsung Galaxy A dan S mampu menangkap suasana malam dengan sempurna. Ikuti tip-tip fotografi malam oleh Samsung seperti di bawah:
Optimumkan Tetapan Telefon Pintar Anda
Apabila berada dalam suatu keadaan cahaya rendah, tetapan kamera di dalam telefon pintar anda menjadi sangat penting bagi mendapatkan bidikan gambar yang sempurna. Bagi pengguna Samsung Galaxy A dan S, terdapat dua fungsi utama yang harus anda ketahui: mod Pro dan mod Malam.
Mod Malam menggunakan pemprosesan pelbagai bingkai untuk menghasilkan foto yang jelas dari cahaya yang rendah. Mod Pro pula memberi anda kawalan ke atas tetapan yang mempengaruhi tahap cahaya sebelum anda mengambil gambar seperti ISO, shutter speed dan aperture.
Agar kedua-dua mod ini tersedia di layar kamera utama, lakukan ini:
* Buka aplikasi kamera dan leret ke tab ‘Lain’ di bahagian bawah
* Tetapkan ikon ‘Pro’ dan ‘Malam’ ke panel utama bagi memudahkan akses
Saatnya Bermain Dengan Fotografi Malam!
Sekarang anda sudah biasa dengan tetapan kamera telefon pintar anda, inilah masanya untuk mempraktikkan pengetahuan baharu anda itu tadi!
1 – Terbang ke Bulan dengan Space Zoom
Menariknya, Samsung Galaxy S21 Ultra 5G memiliki fungsi 'Space Zoom'. Dikuasakan oleh sistem lensa dwi-tele pertama Samsung, 'Space Zoom' memungkinkan anda membidik dengan jelas, walaupun anda berada sangat jauh dari subjek yang ingin ditangkapi.
Fungsi ini amat sesuai untuk anda menangkapi pemandangan malam, khususnya pada malam bulan mengambang. Seperti biasa, tripod akan menjadi sahabat anda. Temukan lokasi yang stabil dan topangkan tripod anda itu. Arahkan kamera ke bulan dan perlahan-lahan zum ke arahnya.
Zum sehingga bentuk bulat bulan itu berada tepat di dalam bingkai layar kamera anda. Setelah itu, sentuh layar kamera anda itu untuk menyesuaikan tetapan pendedahan secara automatik. Jangan lupa sediakan kerusi untuk anda menikmati pemandangan bulan itu secara semula jadi.
2 – Pertunjukan Cahaya yang Luar Biasa
Perhatikan kawasan yang mempunyai limpahan cahaya, tetapi tidak terlalu banyak. Contohnya, kawasan lampu jalan, bahagian hadapan kedai-kedai atau lampu di kawasan gelap yang lapang.
Situasi-situasi ini dapat memberikan kontras antara cahaya dan kegelapan, seterusnya menonjolkan lagi cahaya itu di dalam imej yang gelap.
Jika pemandangan itu terdapat banyak sumber cahaya, cuba fungsi mod Pro. Alihkan tetapan automatik ke manual untuk menghasilkan kesan cahaya abstrak seperti foto di atas.
Anda juga dapat menghasilkan kesan garis-garis cahaya jika ada kenderaan yang bergerak pantas atau perlahan di sekitar anda.
Tetapkan nilai ISO anda pada paras rendah dan tingkatkan kelajuan shutter sekurang-kurangnya dua saat. Jangan lupa untuk stabilkan kamera anda dengan tripod!
3 - Pemandangan Malam Yang Menakjubkan
Saat anda menjelajahi persekitaran malam, temukan permukaan reflektif atau yang boleh memberi pantulan. Cara ini dapat menerangi pemandangan malam dengan cara yang lebih unik.
Sekali lagi, selaraskan kelajuan shutter kamera telefon pintar anda untuk kawalan pencahayaan yang lebih baik untuk menangkapi sekeping foto malam yang sempurna. – Getaran, 2 Jun 2021
Semua gambar: Samsung Malaysia