web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lincah Di Gelanggang Hebat Di Dapur, Peninju Muay Thai Mahir Memasak

Usahawan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2021 12:10PM

Bernard Radin sedang menyalai keli, daging, ayam dan itik untuk dijual di bazar Ramadan Stadium Perak, Perak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Mereka digeruni lawan setiap kali memasuki gelanggang muay thai, namun di sebalik kegarangan setiap kali bertemu lawan, ada kemahiran lain yang tidak diketahui ramai.

Kemahiran memasak menu salai dimiliki bekas jurulatih dan peninju muay Thai negara, Bernard Radin digunakan sebaik mungkin dengan menjalankan perniagaan di Bazar Ramadan Stadium Perak, di sini, tahun ini.

Lebih mencuri tumpuan apabila anak buahnya yang juga ketua pasukan Muay Thai Negara ke Sukan SEA 2019 Filipina yang lalu, Mohamad Rifdean Masdor turut sama membantunya menjalankan perniagaan itu.

Mohammad Rifdean yang juga pemenang pingat emas pada temasya itu turut menjadi sandaran negara untuk terus mempertahankan pingat emas dimilikinya pada temasya Sukan SEA 2021 di Vietnam.

Selain Rifdean, turut membantu Bernard menjalankan perniagaan di bazar berkenaan adalah anak-anak buahnya yang juga atlit muay thai negeri Perak.

Bernard berkata, dia sudah membuat persiapan awal untuk menjalankan perniagaan di bazar itu termasuk dengan membuat sendiri alat penyalai gergasi yang mampu menyalai dalam kuantiti banyak.

Katanya, antara menu yang dijual di gerainya adalah menu berasaskan salai iaitu keli, daging, ayam dan itik serta masak lemak cili api.

Bernard yang juga Ketua Jurulatih Muay Thai Perak berkata, selain menjalankan perniagaan untuk mencari pendapatan tambahan, dia juga ingin memberikan ilmu perniagaan kepada anak-anak buahnya.

Menurutnya, ia sebagai nilai tambah kepada mereka selain daripada hebat di gelangang muay thai.

“Setakat beberapa hari menjalankan perniagaan, Alhamdulillah, gerai kami mendapat sambutan yang baik dan kesemua menu yang dijual habis.

“Saya mahu atlit-atlit dibawah kendalian saya mempunyai kebolehan lain supaya kebolehan itu dapat dipraktikkan untuk mencari pendapatan tambahan,” katanya.

Menurut Bernard, orang ramai yang ingin merasai keenakan menu salai bolehlah datang ke gerainya di bazar berkenaan. – Getaran, 20 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Kesan 3 Lelaki Edar Kad Pinjaman Wang Tanpa Lesen, Judi Di Bazar Ramadan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjual Martabak ‘Berinti’ Kain Buruk Sudah Dikenakan Tindakan - KKM

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Mohammad Rifdean Idam Kontrak One Championship, Tali Pinggang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara