web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Perniagaan Perlu Bersuara Atau Saksikan 'Kejatuhan Malaysia'

Berita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 2:01PM

Vinod Sekhar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peneraju perniagaan perlu tegas dalam menyuarakan pandangan mereka terhadap salah laku di negara ini jika mahu melihat penambahbaikan dilakukan oleh pihak kerajaan, kata usahawan terkemuka, Datuk Dr Vinod Sekhar.

Beliau yang juga Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRA Group menyuarakan cadangan itu kerana ahli perniagaan mempunyai pengaruh yang kuat dalam menentukan arah negara dan mampu “menyelesaikan permasalahan sekarang ini kalau mereka bersuara.”

Tambah Vinod, ahli perniagaan sepatutnya bersikap jujur dengan salah laku pemimpin politik negara yang membabitkan hal-ehwal pengurusan negara.

“Bayangkan mereka menggemblengkan sedikit tenaga untuk memperbaiki  serta membantu menangani masalah pembangunan masyarakat dan kemudian mengambil inisiatif untuk menegur dan bercakap benar.

“Bayangkan jika kita semua membuat pendirian dan tidak perlu risau sama ada kita akan diberi kontrak daripada kerajaan atau tidak, ia sukar untuk dilaksanakan dan ia juga adalah pendirian yang saya telah ambil untuk sekian lama.

“Mendiang ayah saya pernah berkata, mereka yang berbuat baik akan menang jua di penghujung hari,” kata Vinod dalam sebuah forum maya semalam.

Forum itu bertajuk: “Nasionalisme dan Patriotisme di waktu Pandemik COVID-19: Adakah Pemimpin Ekonomi di Malaysia Telah Melakukan Usaha Yang Mencukupi Untuk Menyelamatkan Negara.”

Forum itu dianjurkan bersempena dengan perjumpaan bersama Kelab Rotary Greater Kuala Lumpur dan Kelab Rotary Paranaque San Dionisio dari Filipina. - The Vibes, 13 Julai 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah