web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Nora Danish Gemar Menikmati Lemang Bersama Rendang Daging Wagyu Yang Dimasak Suaminya 

Menurut pelakon jelita itu, lemang yang dimakan bersama rendang daging mahupun ayam adalah menu wajib yang perlu ada di pagi raya.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 2:00PM

Nora sekeluarga berhari raya bersama keluarga mentua pada tahun ini. - Gambar Instagram Nora Danish

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih diraikan, pelakon, Nora Danish mengakui hanya akan menjamah hidangan kegemarannya iaitu lemang setiap kali tibanya Syawal.

Menurut pelakon jelita itu, lemang yang dimakan bersama rendang daging mahupun ayam adalah menu wajib yang perlu ada di pagi raya.

“Bagi saya makanan kegemaran saya apabila tibanya hari raya ialah lemang. Saya tidak akan makan lemang pada hari biasa sebab tak nak rosakkan ‘feel’ hari raya itu sendiri.

“Bagi orang lain saya tidak tahu, namun bagi saya lemang itu hanya untuk hari raya Aidilfitri. Makanan itu sendiri bagi kita ‘mood’ pagi raya,” katanya kepada Getaran.

Nora membawa watak Misha dalam filem lakonan terbaharu berjudul Sumpahan Malam Raya. - Gambar Instagram
Nora membawa watak Misha dalam filem lakonan terbaharu berjudul Sumpahan Malam Raya. - Gambar Instagram

Jelas Nora Danish, 41, paling digemarinya adalah menikmati lemang bersama rendang daging wagyu, menu istimewa yang dimasak sendiri suaminya Mohamad Nedim Nazri.

“Lazimnya, saya akan makan lemang di pagi raya bersama dengan rendang ayam atau daging wagyu yang suami saya masak, cuma sekarang dia dah jarang masak.

“Jadi kami beli kat luar. Sebab sekarang ini, sudah ada banyak tempat yang menjual rendang wagyu dan boleh tahan rasanya,” ujarnya.

Menurut Nora, dengan membeli juadah dari luar, dia sebetulnya menyokong peniaga-peniaga kecil sambil menjimatkan masanya.

“Saya sangat bersyukur kerana suaminya sangat memahami dan tidak mahu membebankan diri saya dengan kerja-kerja dapur.

“Lagipun, tahun ini saya beraya di rumah mentua iaitu keluarga suami, jadi tidaklah perlu untuk menyediakan juadah yang banyak sangat.

“Keluarga mentua saya pula memang semuanya pandai masak, jadi bab persediaan juadah dan masakan semuanya mereka buat, saya akan menyediakan persiapan dari segi baju raya, sampin dan kelengkapan lain,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

Bersama suami tersayang Mohamad Nedim Nazri. - Gambar Instagram
Bersama suami tersayang Mohamad Nedim Nazri. - Gambar Instagram

Untuk rekod, Nora berkahwin dengan Nedim pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neyqal yang kini berusia 5 tahun.

Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram pada tahun 2006 dan bercerai pada tahun 2008. Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putera Rayqal,15.

Dalam perkembangan terkini, Nora membawa watak Misha dalam filem lakonan terbaharu berjudul Sumpahan Malam Raya

Selain Nora, filem arahan Datuk Prof. Dr. A. Razak Mohaideen turut membariskan pelakon hebat termasuk Atu Zero, Reen Rahim, Danial Zaini, Rita Rudaini dan ramai lagi. – Getaran, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Nora Danish Berhijab Selepas Sering Hadiri Majlis Ilmu

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

3

Selera 1 tahun yang lalu

Lemang Power Tong Dram Tambat Hati Pelanggan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangka 2 Juta Kenderaan Sempena Aidiladha, PLUS Aktif SmartLane Di 5 Lokasi

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

oleh Wartawan Hiburan Getaran