web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Nora Danish Berhijab Selepas Sering Hadiri Majlis Ilmu

Jelas Nora, dia berniat untuk berhijab apabila usianya menginjak ke 40 tahun, namun hatinya masih tidak yakin untuk berubah.

Selebriti Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2024 12:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon yang kini kembali solo, Nora Danish,42 mengakui hatinya terbuka untuk berhijab setelah kerap menghadiri majlis ilmu sejak Mei tahun lalu.

Jelas Nora lagi, dia berniat untuk berhijab apabila usianya menginjak ke 40 tahun, namun hatinya masih tidak yakin untuk berubah.

“Semuanya didorong pengisian majlis ilmu yang diadakan rakan baik saya, Betty Rahmad di kediamannya. Biasanya, sebulan sekali saya akan turut serta jika tiada urusan lain.”

"Tetapi, apabila pulang, saya kadangkala jadi malu dengan diri sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mengikuti ceramah agama, selain sudah ada niat ingin menutup aurat dengan sempurna.”

"Perkara itu sedikit sebanyak menjadi penyebab untuk saya melakukan perubahan ini. Sebab lain, biarlah saya simpan sendiri," ujar Nora ketika ditemui di sidang media drama rantaian, Perang Nasi Dagang pada Selasa.

Kongsi Nora lagi, sebelum ini dia tidak bersedia memberi sebarang komen tentang penghijrahannya itu kerana dia masih dalam proses belajar. Namun mengakui, dia mendapat respon yang baik daripada mereka yang ada di sekelilingnya, terutama ibunya.

"Ramai yang mendoakan saya sebelum ini. Tapi pada waktu itu saya belum sedia untuk berikan sebarang komen. Saya masih dalam proses belajar dan perlahan-lahan menjadi muslimah lebih baik. Saya sedang cuba kerapkan diri untuk hadir majlis agama untuk mendapatkan ilmu.

"Ibu adalah insan pertama yang terkejut dan menitiskan air mata apabila melihat perubahan ini," katanya.

Ditanya tentang reaksi bekas suami, Nedim Nazri, Nora berkata lelaki itu terkejut dan memuji langkah baik yang dilakukannya.

“Saya berhijab pada hari Nedim masuk wad baru-baru ini. Sudah tentu dia gembira, malah turut memuji saya kelihatan cantik mengenakan hijab.”

“Pada masa sama, saya ada juga terfikir semua yang berlaku ini adalah dugaan untuk saya terutama ketika diuji bekas suami sedang sakit. Jadi saya ambil hikmah ini dengan nekad untuk terus berubah iaitu kekal menutup aurat dengan sempurna,” ujar Nora. – Getaran, 17 Julai 2024

Foto : IG Nora Danish

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Nora Danish Akui Perkahwinan Dilanda Krisis, Manakala Irma Hasmie Terus Kunci Mulut

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Nora Danish Gemar Menikmati Lemang Bersama Rendang Daging Wagyu Yang Dimasak Suaminya 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bukan Berdendam Dengan Sesiapa, Nora Danish Buka Rumah Produksi Sendiri Kerana Boleh Pilih Dan Pelakon Yang Diinginkan 

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Adegan Nabila Razali Cium Tangan Aedy Ashraf Dalam Drama 'Kerana Cinta Itu Ada' Dikecam Netizen 

Sorotan

1

Kuching City Ikat Penang, Negeri Sembilan Kecundang Di Tangan PDRM FC

2

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

3

Penang FC Benam KDN FC 3-0

4

Paris 2024: Cabaran Kem Memanah Berakhir

5

Deklamasi Sajak 'Jenalik Berdarah' Jentik Emosi Kenang Tragedi Sauk

6

Paris 2024: Pearly-Thinaah Berdepan So Yeong-Hee Yong Di Suku Akhir