web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pameran Kartun 'Seiring Sejalan' Terap Semangat Perpaduan

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2023 9:37PM

Seorang pengunjung merakam gambar pada Pameran Kartun 'Seiring Sejalan'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pameran Kartun “Seiring Sejalan” yang sedang berlangsung di Fahrenheit88, Bukit Bintang, di sini dari 11 Ogos hingga 30 Sept ini dapat menerap dan menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata setiap karya pada pameran itu kekal relevan sebagai wadah komunikasi yang sangat berkesan dalam menyalurkan mesej tentang kepentingan kesepaduan sosial sebagai pemangkin keharmonian masyarakat sekeliling.

"Ini ialah warisan kita dalam bentuk gambar atau seni visual. Ia seharusnya menjadi ejen saluran informasi dan mesej positif kepada masyarakat sekeliling sebagai usaha pembentukan jati diri bangsa dan perpaduan nasional.

"Pameran ini dibuat bagi menunjukkan proses penubuhan negara, Rukun Negara … jadi pengunjung yang hadir, melihat sejarah asas perpaduan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran kartun itu hari ini.

Aaron Ago Dagang
Aaron Ago Dagang

Pameran Kartun Seiring Sejalan ialah program anjuran bersama Arkib Negara Malaysia (ANM), Fahrenheit88 dan Rumah Kartun dan Komik Malaysia bertemakan We Are Greater Together bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, tahun ini.

Pameran kartun itu diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai terutamanya generasi muda bahawa seni visual mampu menjadi wadah komunikasi yang sangat berkesan dalam menyampaikan mesej perpaduan kepada masyarakat.

Sementara itu, Pengarah ANM Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman ketika berucap berkata pameran kartun itu mempamerkan himpunan koleksi kartun berkaitan perpaduan masyarakat Malaysia, peristiwa kemerdekaan serta tokoh-tokoh Perdana Menteri terdahulu yang terdapat dalam simpanan ANM.

Pameran Kartun 'Seiring Sejalan' menghimpunkan kartun mengenai perpaduan masyarakat Malaysia
Pameran Kartun 'Seiring Sejalan' menghimpunkan kartun mengenai perpaduan masyarakat Malaysia

“Pameran ini memaparkan lebih 60 karya seperti kartun, komik, karikatur dan animasi dihasilkan 50 artis tempatan, yang diharapkan dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk memahami sejarah negara ini dari sebelum, semasa dan selepas negara mencapai kemerdekaan.

“Kami percaya bahawa seni mampu menterjemahkan warisan dan budaya negara secara kreatif dan unik dalam menyampaikan mesej berkenaan isu semasa dengan pendekatan yang mudah difahami oleh masyarakat berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur,” katanya.

Pameran kartun itu yang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang akan dilaksanakan setiap hujung minggu seperti Flea Market, Sembang Santai dengan Kartunis Otai serta Bengkel Melukis Kartun dan Komik. - BERNAMA

Semua gambar : BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Keindahan Alam Tak Dapat Diganti Jika Musnah - Tunku Azizah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Seru Konglomerat Supaya Sokong Pembangunan Seni

4

Semasa 1 tahun yang lalu

LIMA'23 Kembalikan Kemeriahan Langkawi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 23 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN