web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


LIMA'23 Kembalikan Kemeriahan Langkawi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 4:12PM

Suasana orang ramai yang telah mula beratur panjang sejak 7.30 pagi bagi memasuki perkarangan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Selepas empat tahun penganjuran terakhir Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA), edisi ke-16 tahun ini kembali membawa keceriaan kepada penduduk tempatan dan orang luar peminat LIMA yang sentiasa menantikan kehadiran acara bertaraf antarabangsa itu.

Hari pertama segmen aeroangkasa dibuka kepada umum hari ini, menyaksikan orang ramai telah mula beratur panjang sejak 7.30 pagi bagi memasuki perkarangan Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini dan ketika pertunjukan udara sempena LIMA'23, terpancar riak wajah yang takjub menandakan keterujaan mereka untuk merasai pengalaman melihat sendiri aksi aset-aset udara yang dipertontonkan selain pameran yang diadakan.

Seorang guru Mohamed Ali Zahari Al-Hafiz,46, yang merupakan peminat tegar LIMA berkata beliau memang sentiasa menantikan penganjuran acara dwitahunan itu untuk menyaksikan pertunjukkan udara oleh kumpulan aerobatik kesukaannya iaitu Russian Knights.

Beliau yang berasal dari Taiping, Perak turut berkongsi kekecewaanya apabila penganjuran program itu tertangguh akibat pandemik COVID-19 pada edisi 2021 namun berasa ceria apabila mendengar khabar mengenai penganjuran semula LIMA.   

"Saya kalau ikut memang tak pernah missed datang ke acara LIMA ni sejak 2011 lagi, dah macam jadi acara tahunan bagi kami sekeluarga untuk datang dan tengok persembahan dan pameran yang disediakan," katanya ketika ditemui di perkarangan MIEC bersama ahli keluarganya. 

Tinjauan Bernama turut mendapati walaupun cuaca panas dan kemudiannya disusuli hujan renyai sebelum Langkawi kembali disinari bahang terik, orang ramai masih setia untuk menonton pertunjukkan udara yang disediakan.

Persembahan aerobatik yang berlangsung kira-kira sejam lebih pada hari ini dimulakan oleh pasukan Black Eagles dari Korea Selatan diikuti oleh pasukan Jupiter (Indonesia), SU-300MKM Flanker (Malaysia), Russian Knights (Rusia) dan F/A-18D Hornet (Malaysia). 

LIMA'23 berlangsung selama lima hari iaitu tiga hari pertama 23 Mei hingga 25 Mei hanya dibuka kepada pelawat perdagangan manakala hari ini dan esok (27 Mei) dibuka kepada orang awam. 

Sementara itu, warga Jerman Gregor Verstraelan, 45, yang menghabiskan tiga hari pertamanya sebagai pelawat komersial pada acara itu, berkongsi pengalaman  sulungnya di LIMA'23 dengan menyatakan ia sangat mengagumkan melihat begitu ramai pelawat.

"Saya seronok berada di sini dan ini adalah kali pertama saya mengikuti LIMA selepas ia terhenti akibat pandemik dan sangat menggembirakan untuk melihat semua orang datang bersama keluarga dan bergembira meluangkan masa bersama-sama," katanya.

Kelihatan sedang menguji model senjata di reruai Sarsilmaz sebuah syarikat persenjataan dari Turkiye, Joshua Lim Kok Hua, 31, berkata LIMA'23 menjadi destinasi yang terbaik untuk beliau meluangkan masa bersama keluarganya selain dapat menikmati keindahan Pulau Permata Kedah ini.

"Seronoklah datang sini dapat bawa anak-anak buah saya lihat sendiri barang-barang (pameran) yang unik dan kita juga dapat mendedahkan mereka kepada budaya orang luar yang bukan dari negara kita," katanya yang ditemani isterinya Catherine Khor Hooi Phing dan tiga anak saudara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Ketua Polis Balai Didakwa Kasari Orang Awam Dipindah Ke Jabatan Lain

3

Jelajah 1 tahun yang lalu

Pameran Kartun 'Seiring Sejalan' Terap Semangat Perpaduan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Keindahan Alam Tak Dapat Diganti Jika Musnah - Tunku Azizah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad