web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Seru Konglomerat Supaya Sokong Pembangunan Seni

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 9:51PM

Anwar diberi penerangan oleh Pakar lukisan Oriantalis Claude Piening (kanan) ketika melawat pameran selepas Perasmian Pameran 'Orientalism Paintings' di Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru kepada konglomerat yang berjaya supaya menyokong pembangunan seni di dalam negara, selain daripada industri-industri lain.

Berucap pada pelancaran Pameran "Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?"  di Muzium Kesenian Islam di sini hari ini, beliau berkata pembangunan teater dan muzium di negara-negara Barat bukan hanya hasil usaha kerajaan tetapi daripada komitmen yang diberikan konglomerat mereka.

“Anda sudah melihat teater, muzium di Barat, bukan hanya daripada usaha kerajaan tetapi komitmen, nyala rasa dan sesetengah konglomerat besar merasakan sejumlah daripada keuntungan harus digunakan untuk menyokong seni.

Kalau ada 30 konglomerat, katakan dia beri sokongan dalam pelbagai bidang, itu akan memperkayakan seni, sastera, budaya, pendidikan dan masyarakat,” katanya.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Pengerusi Yayasan Albukhary Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Sementara itu, Anwar berkata konsep MADANI di Malaysia tidak hanya memperkasakan rakyat menerusi ekonomi yang merupakan perkara teras tetapi juga memerlukan pemerkasaan budaya menerusi kesenian dan kesusasteraan.

“Ia akan menjadi sesalan buat sebuah negara seperti Malaysia dengan akar umbi Islam yang kukuh dan  kepelbagaian budaya , orang India, Cina dan suku-suku Orang Asli tidak dapat mengangkat seni, budaya dan seni lakon menjadi cemerlang kerana sama ada kita terlalu sibuk dengan isu ekonomi atau terlalu memikirkan perubahan dari barat,” katanya. 

Menyentuh mengenai Pameran “Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?” yang bermula hari ini hingga 15 Okt , Perdana Menteri  berkata pameran yang dianjurkan oleh Muzium Kesenian Islam Malaysia itu adalah antara yang terbesar di dunia.

Justeru, beliau mengajak golongan penyelidik, ibu bapa, mahasiswa dan pelajar untuk menggunakan cuti sekolah ketika ini untuk menyaksikan pameran berkenaan. 

“Mungkin ramai tidak tahu tentang pameran ini, (ia) agak unik kerana tidak dipersembahkan di mana-mana di dunia melainkan Muzium di London. Itu pun skala kecil. 

“Gunakan peluang ini kerana orang biasa akan membayar ratusan atau ribuan ringgit untuk menyaksi karya-karya besar yang tidak diperolehi di jalanan, ia (pameran ini) diperolehi dari ‘Auction House’ dengan harga yang mahal,” katanya.

Mencipta sejarah di Asia, Muzium Kesenian Islam Malaysia mempamerkan koleksi karya lukisan dari zaman keemasan Orientalisme dan tidak pernah sebelum ini lukisan-lukisan dari kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 itu dipamerkan di luar Eropah atau Amerika. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'