web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10 Tarikan Sukan Dalam Premis Di Selangor

Alami hari penuh keseronokan di lokasi-lokasi sukan dalam premis di sekitar Selangor yang boleh dikunjungi selepas berakhirnya PKP nanti.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2021 10:15AM

Gambar: Laman Web 1Utama

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesetengah daripada kita mungkin berasa kurang selesa dan kurang teruja, bilamana pergerakan sosial dihadkan sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru, apabila tiba masa untuk kembali melakukan aktiviti luar setelah tamatnya tempoh ‘berkurung’ ini nanti, ibu bapa khususnya, mungkin berhasrat membawa anak-anak mereka untuk sesi beriadah dan bersukan.

Namun, masih ramai yang mungkin agak ragu-ragu dengan kebenaran sesuatu aktiviti sukan itu. Lagi pula jika ia melibatkan ramai orang atau mungkin boleh terjadinya perhimpunan secara tidak sengaja. 

Usah khuatir, anda tidak akan terlepas peluang bagi merasai keseronokan yang anda idamkan itu kerana negeri Selangor mempunyai banyak tarikan sukan dalaman (indoor sport) di dalam premis yang boleh anda kunjungi seisi keluarga. 

Tambahan pula, tarikan sukan dalam premis ini mudah diakses, dengan kebanyakannya terletak di dalam gedung membeli-belah terkemuka. Sambil menyelam minum air, mungkin anda boleh terus berbelanja selepas beraktiviti!

Berikut kami senaraikan 10 tarikan sukan dalam premis di Selangor yang boleh dikunjungi selepas tamat tempoh PKP:

Camp5, 1Utama

Sesi mengeluarkan peluh! Beroperasi sejak 2005, Camp5 memiliki dinding untuk sukan lasak panjat dinding atau wall-climbing dalam premis tertinggi di Malaysia! Fasiliti ini turut dilengkapi dengan penyaman udara dan terletak di dalam menara berasaskan besi dan kaca di tingkat 5, 1Utama Shopping Centre (Sayap Baru). 

Jika anda seorang yang baru sahaja berjinak dengan aktiviti sukan lasak ini, usah gusar! Camp5 memiliki dinding dengan pelbagai saiz dan tahap kesukaran. Pihak Camp5 yakin anda dapat melakukan sesi panjatan dengan tahap kesukaran yang bertetapan dengan kemampuan anda. Jangan lupa uji diri untuk melakukan lebih lagi!

AirRider, 1Utama

Sesiapa sahaja yang pernah mengimpikan untuk terbang di udara bolehlah singgah ke tarikan stimulasi penerbangan terhangat di Asia Tenggara ini.  AirRider adalah simulasi aktiviti skydiving. Anda akan berasa seolah-olah berada di ketinggian 14,000 kaki. 

Terowong angin berbentuk bulat dan dilitupi panel kaca sepenuhnya menghasilkan injap udara seluas 12 kaki ukur lilit dengan tinggi 21 kaki. Atas faktor keselamatan, setiap pengunjung yang memasukinya akan ditemani seorang jurutugas bertauliah.

Ia turut menempatkan lantai trampolin yang diperbuat daripada besi tahan karat dengan kualiti kapal terbang sebenar. Berkat kelajuan angin (250 km/j), anda berpeluang melakukan aksi-aksi akrobatik di udara secara mudah dan selamat. 

FlowRider, 1Utama

Pernahkan anda terfikir untuk melakukan aktiviti sukan luncur air di dalam pusat membeli-belah? Sekarang anda boleh melakukannya! FlowRider menggabungkan teknik beberapa jenis sukan lasak seperti luncur air, luncur salji, papan selaju dan skimboarding. Ia menawarkan pengalaman luncur air secara simulasi. 

Sama ada anda seorang amatur mahupun profesional, anda mampu menangani arus air dengan bimbingan petugas yang bertauliah dan berpengalaman. Ombak juga dapat dihasilkan dengan kelajuan sehingga 32km/j di permukaan vinil komposit. 

FlowRider turut menawarkan program latihan dan kursus, dari tahap amatur hingga berpengalaman dengan bimbingan para jurulatih yang berdedikasi untuk memperkasa teknik ‘luncuran’ anda dengan aspek keselamatan turut dititik beratkan.

It’s a HIT Rooftop Baseball

Masih lagi di 1Utama, It’s a HIT Rooftop Baseball adalah satu-satunya dan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara. 

Tanpa cas masuk yang mahal, anda mampu mendapatkan pengalaman menarik di Batting Cages dan Carnival Games

Ia terletak di bahagian bumbung 1Utama. Singgahlah ke mari untuk sebuah pengalaman penuh unik dengan elemen keterujaan dan pemandangan yang mempesona!

District21

Dengan keluasan 70,000 kaki persegi dan mengangkat tema pasca malapetaka, taman tema ini mempunyai 10 tarikan, 8 bilik riadah dan terletak di dalam gudang yang dilengkapi pendingin hawa di IOI City Mall, Putrajaya. 

District21 menawarkan banyak aktiviti yang baru sahaja diperkenalkan di negara ini seperti aktiviti Go-Pedal, Pump Track, Power Station, Low Ropes, Launch Pad, The Maze, Free Fall, Sky Trail, Tubby Ride dan Roller Glider. Setiap aktiviti tertakluk pada berat dan ketinggian yang dibenarkan untuk tujuan keselamatan.      

JumpStreet Trampoline Park

JumpStreet Trampoline Park adalah sebuah taman tema urban yang dilengkapi dengan fasiliti bertaraf dunia. Ia memberi fokus kepada aktiviti lompatan, lantunan dan segala jenis aktiviti ‘melawan’ graviti, yang boleh anda bayangkan.

Lokasi ini mempunyai beratus-ratus trampolin. Ruang legar utama seluas 10,000 kaki persegi merangkumi aneka trampolin yang bersambung antara satu sama lain. 

Ia termasuk gelanggang khas yang dilengkapi jaring bola keranjang, gelanggang lengkap trampolin untuk permainan dodgeball, lohong lembut untuk aksi terjunan dan beg udara gergasi untuk pendaratan selamat. 

Taman tema urban ini menawarkan elemen keseronokan dan cabaran dengan tahap kesukaran mengikut aras usia yang berbeza (3 tahun adalah usia minimum yang dibenarkan melompat secara bebas).

Ruangan berprestasi tinggi di sini juga mampu membantu para atlet mengasah kemahiran mereka ketika melompat di udara. Terdapat juga ruangan khusus untuk kanak-kanak bagi menjamin keselamatan mereka. 

Malaysia National Ice Skating Stadium (MYNISS)

Terletak di Empire City, National Ice skating Stadium (MYNISS) adalah gelanggang ais dengan spesifikasi bertaraf Olimpik pertama di Malaysia. Ia dibina dengan fasiliti lengkap untuk menjadi tuan rumah di persada antarabangsa. 

Inilah masanya untuk anda mengasah bakat meluncur ais. Tambahan pula, anda berpeluang melakukannya di sebuah gelanggang luncur ais yang bertaraf dunia! 

Sunway Pyramid Ice

Sunway Pyramid Ice adalah gelanggang sukan ais bertaraf dunia yang pertama diperkenalkan di Malaysia. Ia terletak di dalam pusat membeli-belah Sunway Pyramid dan mampu menerima 15,000 pengunjung setiap bulan.

Dengan keluasan berukuran 39m x 22.5m, gelanggang ais yang diperhalusi dengan rekaan ciri-ciri moden ini boleh disaksikan oleh para pengunjung di setiap aras pusat membeli-belah ini. Ia menawarkan satu pemandangan menarik serba mengasyikkan. 

Galactic Laser

Lapangan tembak laser yang terbesar dan terpanjang di Malaysia. Masih di Sunway Pyramid, Galactic Laser dilengkapi dengan teknologi canggih dan terkini. 

Inilah masanya untuk anda menjadi watak sains fiksyen – dengan pistol laser di tangan, diiringi muzik bertenaga dan dikelilingi kabus di udara, anda dikehendaki menyelinap di dalam sebuah arena yang menyerupai kesan tinggalan makhluk asing. 

Tentu sekali ia menawarkan elemen keterujaan untuk memburu dalam kegelapan sambil anda harus menghindari daripada terkena tembakan laser oleh pemain lain. 

TraXion Karting at X Park Sunway Serene

Pusat sukan litar yang beroperasi di dalam premis terbesar di Asia Tenggara. Terletak di Kelana Jaya, ia menawarkan pengalaman Kiddie Cart untuk kanak-kanak dan Fast Cast untuk dewasa. Setiap sesi mengambil masa selama 10 minit. 

Ia turut menawarkan pengalaman Mini Race, merangkumi 3 sesi termasuk pusingan akhir. Namun, lapan pemain (minimum) diperlukan pada satu-satu masa untuk pakej ini.

Gambar: Laman Web AirRider
Gambar: Laman Web AirRider

Aktiviti sukan dalam premis mudah dan senang didapati di mana-mana sahaja di Selangor. Dengan pelbagai pilihan, anda dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan teman dalam suasana yang selamat dan mengujakan. 

Cuma harus diingati, amalan SOP perlu diberi penekanan pada setiap masa demi kesejahteraan bersama. Guna aplikasi SELANGKAH, lakukan penjarakan sosial dan gunakan pensanitasi tangan serta jangan lupa memakai pelitup muka sepanjang masa.

Layari Tourism Selangor untuk maklumat lanjut. - Getaran 18 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

4

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 20 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN